Friday, February 15, 2008

NEGARA KEBAJIKAN DALAM ISLAM

Bentuk Negara kebajikan ini telah dibuktikan oleh sejarah Islam. Keadaan ini boleh dilihat dalam pemerintahan Rasulullah SAW yang berjaya:

1. Menghapuskan penindasan sesame manusia di Madinah ketika itu.
2. Menghapuskan budaya riba, monopoli dalam perniagaan dan berbagai-bagai lagi.

Kebajikan itu telah menyebabkan ramai manusia ketika itu beriman dengan Allah SWT. Kejayaan itu semakin teserlah di zaman Pemerintahan Omar bin Al-Khattab. Antara tindakan beliau adalah,

1. Beliau telah menyenaraikan setiap kelahiran di dalam Negara Islam, tidak kira sama ada bayi lelaki atau bayi perempuan, anak orang kaya atau miskin. Setiap bayi yang dikenal pasti melalui senarai ini akan diperuntukan seratus Dirham (nilainya bersamaan sepuluh ekor kambing) dan dua Juraib makanan (sau Juraib boleh mengenyangkan 30 orang dewasa) pada setiap bulan. (kemelut kenaikan harga Minyak : kenapa tidak kembali kepada Islam? )

2. memberikan bantuan kewangan (bukan pinjaman) kepada mana-mana rakyat yang tidak bekerja disamping mencadangkan kerja kepada mereka. ianya diumpamakan “memberi pancing lebih baik dari memberi ikan”.

Perlaksanaannya kebajikan dalam negara Islam terbukti di zaman salaf soleh terdahulu. Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Min Fiqh Ad-Daulah fi AL-Islam” ada menukilkan satu kisah, iaitu kisah Gabenur Omar Abdul Aziz di Mesir, mengutuskan surat kepada Omar bin al-Khattab, mengadukan kepadanya tentang ramainya manusia memeluk Islam yang menyebabkan gugurnya kewajipan jizyah terhadap mereka. Zakat juga tidak wajib ke atas mereka melainkan setelah satu tahun daripada kemasukan mereka ke dalam Islam. Gabenor itu mahu kewajipan jizyah dikenakan kepada mereka demi menjaga kepentingan khazanah Negara dan memperolehi kemasukan harta.

Menerima surat tersebut, Saidina Omar bin Al-Khattab menjawab dengan sepotong kata-kata yang ringkas sebagai menggambarkan tentang risalah Negara Islam. Saidina Omar bin Al-Khattab berkata kepada Omar Abdul Aziz; “Semoga Allah memburukan pandangan kamu. Sesungguhnya Allah mengutuskan Muhammad sebagai pembawa hidayah, bukannya sebagai pemungut cukai” (Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam : m/s 48-49)

Melihat kepada isi surat itu, jelas kepada kita bahawa Negara Islam adalah Negara hidayah (memimpin manusia kepada Allah), bukan Negara jibayah (memungut cukai). Begitujuga, berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Islam ke lima, iaitu Umar bin Abdul Aziz, seorang Gabenor beliau dari Afrika telah mengutuskan surat yang menyatakan bahawa beliau tidak menemui seorang fakir pun untuk menerima zakat. Umar berkata : “Gunakan ia untuk membeli hamba lalu merdekakanlah hamba tersebut” (Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam : m.s 51) Inilah bentuk kerajaan Islam yang mementingkan kebajikan yang diajar oleh Islam.

Saturday, February 2, 2008

Mohd Zariman Mohd Zubir



Akhir2 ni aku terdengar khabar tentang Zariman. Amie kata Zariman ada call dia. Zariman sekarang duduk kat Bangi. Watie pulak kata ada jumpa Zariman kat Rinching dan masih tinggal kat pahang. Inas pulak kata Zariman sekarang tinggal kat Kesuma Lake. Yang mana satu betul ni? kalau Zariman ada tengok blog ni, can u write something. Kasi update sikit pasal kau....

Wednesday, January 30, 2008

Kenangan Silam

Tgh boring2 main komputer ni aku terbelek gambar2 lama. Teringat masa muda2 dulu. Byk masa dgn kawan2. Sekarang tidak lagi. Aku rasa semua org pun sama... So aku share kat sini 2 3 keping gambar yg aku ada buat tatapan bersama. Dah berapa org agaknya anak Asmanizam sekarang ni... masa aku belum kahwin pun dah 3, sekarang tak taulah. sapa2 ada info boleh update kat sini. Si jejaka perwira negara Jazid pulak bila nak kahwin? sama2 kita nantikan...

Gambar kat rumah Fit pulak Hermi bawak tunang dia. Tak taulah dah kahwin ke belum. Ntah2 anak dah 3.
Kamarul ngan Normah pulak apa cerita sekarang...

Tuesday, January 22, 2008

Suci Wedding Invitation




For my fellow friends


You are cordially invited to attand my youngers sister's suci delila wedding ceremony on 27 th Jan 2008 (Sunday) from 12.00 noon 6.00 pm. Wish your presence make this ceremony more meaningful.
hope to see u guys
Cheers...

Friday, November 23, 2007

msg from EX-SMKJ

Dear all my freinds.
aku baru dapat email dari zaheril. kalau tak salah aku abg kepada norzalinda... aku attach kan kat sini untuk dikongsikan bersama....

blog dia: http://zaheril.googlepages.com

Salam,

apparently i got your e-mail through the search on the internet... i managed to found one website which is had blogger namely KejoraSMKJ if i'm not mistaken... i through that site & suddenly your name appeared because you are the one who manage that site... anyway thanks for phone number of Zikri... i'll try to contact him by that number... if there any problem i'll inform u later... i've one suggestion regarding site that u used to managed... why dont if u invite more ex-student from SMKJ... it might be better rather than focus only some kind of group because its showed the element of isolation... please correct me if i'm wrong... since we are the Muslims, i think it might be sound good if you invite more participants to that group... maybe we are able to discuss or listen several opinion from different mentality... the most important thing is that solidarity among the Muslims in globalising world... thank again... take good care & work smart... keep in touch, will u...Kind regards,
Z.Zaheril