Monday, May 28, 2007

Reunion at PD



Dah lama kita tak buat re union. Aku Rasa yang kat pd yang last kita buatkan. Gambar ni khairi yang mail kat aku. kalau ada gambar yang lain letaklah dalam ni. rasanye shikin hari tu ada buat potong rambut anak dia. ko send kat aku gambar majlis tu shikin, aku akan letak kat ni

Tuesday, May 22, 2007

Adib Khairullah B. Khairunnas

Kebaikan dari Allah, Harapan dari umi dan abi adib.
Dilahirkan pada 8 jan 2007 di Sentosa Medical Center kajang Jam 9.30 pagi secara ceasarean, Aku masuk sekali ke dalam bilik bedah menemankan istriku untuk menyambut orang baru dalam hidup kami berdua. berat hanya 2.34kg ketika dilahirkan. aku tengok kecik sangat anak aku ni. alhamdulillah sekarang aku tgk makin hari makin membesar bagai johan.tp aku tak bagi susu dumex hehehe... gambar ni aku amik masa g port dickson last saturday.cubalah korang tgk pipi anak aku ni. eee geram aku tgk.
korang yang lain pls send gambar baby korang kat khairi atau kat aku. email khairi kayry5@yahoo.com atau email aku inas_r@tmnet.com.my. lagi satu korang kalau dah masuk blogs ni try lah ringan2 tangan tulis kat chating tu sikit, at least aku tahu korang masuk dan tgk blogs kite ni.msg kat aku korang punye contect no and email korang sekali kat aku. aku nak letak dalam blogs kita ni.

Damia Syakirah binti Muhamad Khairi

Dilahirkan pada 6hb April 2006.
ni gambar anak aku masa umur dia 11 bulan.
sekarang dah nak masuk 14 bulan. baru je baik demam hari ni. tak tido aku dibuatnya malam tadi. Dia asyik nangis je. Alhamdulillah hari ni dia dah sihat.

Monday, May 21, 2007

From Liza


article ni liza email kat aku hari tu. Mungkin tulisan kecik dan susah nak baca, korang klik kat gambar tu, nanti akan kluar page baru yang saiz nye lebih besar lagi.
... renung2kan lah...

Saturday, May 19, 2007

Kasih Sayang

Hari ni aku dapat email dari khari yang bertajuk"perihal rumput dan kasih sayang" Ada pengajaran untuk kawan2 yang belum kawin dan yang sudah berkawin dan juga untuk yang teringin nak tambah lagi satu(siapalah yang nak tambah tu???)...


Rumput dan Kasih Sayang
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah.....
p/s : kalau nak comment article ni sila lah clik kat " 0 comment " tu.