Tuesday, September 9, 2008

TOLONGLAH WAHAI WANITA!!!

Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan
rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin
lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji
dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh
wanita.


Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga
iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka
dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita
semua terselamat.


Nabi Muhammad bersabda :


صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس
وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ
الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya
lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang
mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2)
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk
syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga
itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang
tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.


Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-

· 1) Aurat wanita : Apa sudah jadi
· 2) Kerjaya wanita, Aurat & Suami Nusyuz
· 3) Bertudung Tapi Hina Agama & Hukum : Dosa Ganda
· 4) Seluar Londeh Wanita & Seksi : Hak Kebebasan Peribadi ?

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman


http://www.zaharuddin.net/


5 Sept 2007


23 Syaaban 1428 H


Berikut adalah emailnya :-


Assalamualaikum,


(minta admin padam nama saya sebelum release)


Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan
mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak
dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan
dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri
(celakalah keatas kamu!!!).

(Embedded image moved to file: pic19156.jpg)


95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal
sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib
baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi
saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah
macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai
membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap
hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.


Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah
melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada
perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek
celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak
sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini
mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...


Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak
terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan
nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo
nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar
dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau
balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu
lagi...


Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup
setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari
oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan
orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa..
tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

No comments: