Saturday, October 18, 2008

Beraya bersama-sama

kepada kekawan yang beraya beramai2 hari tu, aku nak minta maaf sebab lambat nak upload gambar dan juga cerita kat dalam blog smkj yang kita sayangi ini. yang mana tujuanya adalah untuk mengetahui perkembangan semasa dan berkongsi cerita sesama kita. diharap kepada kekawan yang melawati blog ini tidak lah jemu mengirim perkhabaran untuk di war2kan di blog ini. Antara geng2 beraya hari tu nas n family, khairi n fmly and ijam n family.Rumah pertama yang kitorang serang hari tu adalah rumah aku sendiri, en khairunnas and family. 1st raya amie ada datang rumah aku. lupa pulak nak amek gambar dia masa datang hari tu. aku call khairi untuk join sekali masa tu, tapi dia tak dapat datang sebab beraya di rumah saudara mara dia kat minangkabau. amie dia tak dapat nak bersama sama masa raya kedua sebab dia kena balik beraya di muo rumah wife dia. so aku planning ngan khari untuk serang rumah kekawang masa raya kedua.




Rumah kedua yang kitorang g adalah rumah en zakaria. kebetulan masa wife dia melahirkan hari tu aku dan khairi tak sempat nak melawat dia. anak dia lahir awal, kalau tak salah aku dalam usia kandungan 7 bulan. wife dia ada masalah kesihatan, so kena lah melahirkan awal. anak dia pun kena tahan kat wad lebih sebulan. Alhamdulillah, skang baby dia pun sehat walafiat. dia dikurniakan baby girl yang comel. kami ajak zack untuk g beraya bersama, tapi disebabkan anak dan dia masih dalam "pantang" lagi, so tak dapatlah zack nak join sama.


Seterunya, kami singgah kerumah cikgu normah. Biasanya tiap tahun kitorang tak miss untuk kerumah cikgu Normah ni. semenjak dah ada commitment ni, baru tahun nie berkesempatan g kerumah dia. biasanya kami kerumah cikgu berenam orang, aku, khari, zack, man, ajid and azam. tapi tahun nie aku berdua ngan khairi jer, aku terlupa nak ajak azam. banyak cerita terbaru berkenaan sekolah kesayangan kita yang diupdate dek cikgu normah. anak dia skang pun dah masuk upsi, nak jadi cikgu juga. dia gitahu ada kita punya senior buat gathering kat stafffield ajak cikgu . kalau tak salah aku geng2 akak boom ker. Pemain hoki sekolah kita yang jadi golkeeper tu, ada sesiapa yang kena duia?. Dia cadangkan juga untuk kita buat reunion kat sekolah ajer, dan macam2 lagi cerita. tak sempat nak tulis kat sini... khairi.. ko tolong tambahlah cerita aku ni kalau ada yang tertinggal.

skang dah kul 3.00 pagi, aku tak larat nak sambung cite pasal beraya kat rumah azam.. sok aku sambung cerita.... tunguuuuuuuu ...

aku sambung cerita aku balik skang dah kul 3.40 petang 21 oct 2008. kat luar tgh hujan so aku boring plak kat opis ni, tak tahu nak buat apa so aku update lah blog kita ni... perjalanan seterunsya adalah rumah Asmanizam. bekas ketua pengawas sekolah menengah khir johari. Cikgu normah ada g tahu yang nama2 semua bekas ketua pengawas SMKJ akan dilekatkan kat sekolah ni.. so one of the name will Asmanizam Ahmad Sanusi.hehehe
Next house adalah rumah ajid. dia tetap maintain masih kurus seperti dulu. aku rasa dia mcm ni sebab tak kawin lagi kot. nanti pas kawin badan mesti macam kena tiup... hehehe... so mawar pas nie kena lah masak sedap2 sikit bagi badan ajid nie gagah perkasa sikit. kat rumah ajid nie kitorang dihidangkan dengan hidangan yang istimewa sikit, kebetulan kitaorang datang rumah dia dalam kul 2 ptg lebih tak jumpa nas lagi, tapi sebelum tu aku rasa dah makan kat rumah ijam, tapi nak layan nasi lemak punya pasal, kitorang pun apa lagi... seraaaangg...
Tahun ni beraya di rumah mawar agak berbeza dari tahun2 lepas, aku rasa sebab kawan kite berdua ni dah bertunang, biasa adek mawar yang banyak layan ngan kitorang, tapi tahun nie kakak dia pulak yang banyak bertanya, sebelum nie kitorang pernah berlawak " aku kira 1, 2 , 3 korang tutup mulut ayu.... hhehehe... mcm ceria nasib si labu labi... tapi semua tu kitorang bergurau jer.... tahun nie pun kitorang tak jumper ayu... lupe pulak nak tanya ayu g mana...

rasanya dulu ayu ada masuk blog nie... tapi rasanya dah lama dia tak masuk.. kalau ada sesiapa yang jumpa dia ker atau yang contact dia pls inform dia suruh masuk and memeriahkan lagi blog kita ni..

3 comments:

khairi said...

nas, boleh tolong emailkan gambar2 raya tu kat aku :

kayry5@yahoo.com

Unknown said...

ok jugak buat re-union kt skolah. guna catering jer...

khairunnas said...

ok... no problem.. ada sesiap lagi nak gambar tu?