Tuesday, March 17, 2009

Tips Menangani Anak

Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangandan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadibertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitandengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satuhingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atasbelakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkanhubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalausalah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapakkakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yangsensitif... itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkantahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usiabeginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anakderhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akantergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripadarasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Sianak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Bolehdisuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumahsuka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidakrapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lacecara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dancium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapijiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasaveto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepadamereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Janganrasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walaumenyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosadan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalauberjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anaktidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan janganambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengahorang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekormata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawantempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpayang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apacaranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kitaderhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayahkita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibuatau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah kemasjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maafberkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampundan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudianbertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikankemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, janganlihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun keperingkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungandengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yangbaik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidakdipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibutetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakanibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapunsebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanyatidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya adayang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongannyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kirakata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalaumereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayanganaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, adamenantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambilberat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana tarafmereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak danemak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isterikena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketigasuami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atasmenantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatuhari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasarmenyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepadamenantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila NabiIsmail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikanpesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebaliksimbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanitayang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua danbapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat danmenantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapaNabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yanglain.
501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkanpotensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalanganwinners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagaiwinners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losersadalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri merekadikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidakboleh.
Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Namapanggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasarendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalahdigalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yangdipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anakyang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akanmembuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan denganpersekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilahpujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuksetiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatuperbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedangberkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiapperkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlahkeluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa ituterus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puanmengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagipada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akanmengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikanakan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripadapersekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertamabelajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripadasekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangananak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasakepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitureal dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yangsama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripadamembuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaranmereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akanmengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akanbelajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cumauntuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahundari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

No comments: