Wednesday, October 31, 2007

Share Gambar Raya





Tahun nie aku pun beraya kat kg wife aku kat langgar, alor star kedah. hari khamis malam aku dah berangkat dari beranang ke alor star. malam tu keadaan lalulitas memang tak menyeronokan. trafic jam dari higway rawang sampai ke bukit gantang. biasa perjalanan dari beranang ke alor star dalam 6 ke 7 jam je, malam tu aku berangkat jam 12 malam sampai kat sana dalam 10 pagi. dekat sepuluh jam jugak kat jalan raya. sampai je kat sana aku tergolek sampai ke petanglah. hari pertama beraya kat sana aku g ke dewan wisma persekutuan, biasanya g istana anak bukit kalau raya pertama kat sana, disebabkan istana tu tengah renovate so ganti kat dewan jer. sempat jugak aku jumpa ngan sultan kedah...heheheh... malam raya kedua aku g istana kuning pulak.ada gathering kerabat diraja kedah. aku pun dah jadi ahli kerabat diraja kedah sekarang... hahaha... aku beraya kat sana sampai raya ke-5. aku g sungai petani g rumah saudara mara wife aku. penat jugak... onthe way nak balik beranang tu aku beraya kat rumah kekawan wife aku kat kepala batas pulau pinang. dalam perjalanan balik tu aku kena demam panas. badan aku panas tapi aku rasa sejuk, tekak aku pun tak berapa selasa sampai nak termuntah. aku tak larat nak drive masa tu. nasib baik wife aku boleh drive, aku minta tolong dia drive sampai taiping rumah member dia jugak. dari taiping aku g ke kuala kangsa pulak beraya umah saudara wife aku. masa tu dah kul 10 malam. sampai kat rumah nak dekat kul 2.00 pagi. perjalanan yang amat memenatkan. sampai kat beranang aku tak g mana2 pun. geng beraya biasa khairi dah balik ke johor pulak. tahun ni, tak satu buah rumah bebudak kejora pun aku g. so last sunday aku buat open haouse untuk bebudak kejora datang ke rumah aku... hanya zack and wife dia je datang. tapi masa tu aku pun takdek kat rumah. aku g kajang antor saudara aku dan ke cheras antor pak saudara aku. ... raya tahun ni aku rasa lain betul. biasa beraya ngan member2 seperjuangan... tapi tahun ni tak sorang pun... tak best pulak rasanya...
kepada kawan2 semua... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Shikin n Suhaimi Wedding















Gadis jelita kat dalam cermin tu adalah Shikin. Pengantin lelaki bernama Suhaimi berasal dari Kg. Sesapan Batu Minangkabau. Perkahwinan yang dilangsungkan penuh dengan adat istiadat menyemarakkan lagi semangat kedua-dua mempelai untuk berkongsi hidup. Pengantin lelaki diapit oleh jejaka tinggi lampai dan penganti perempuan pula diapit oleh si dara yang cantik dan comel.

Sunday, October 28, 2007

Share Gambar Raya



Tahun ni aku beraya kat rumah mertua aku kat Kg Sarang Buaya, Parit Latif, Semerah, B. Pahat. Cuti raya yg singkat, dan tak dapat beraya kat rumah member2 Beranang mengurangkan kemeriahan suasana Hari Raya aku tahun ni. Biasanya kalau kat Beranang, Aku, Inas, Amie, Zack akan start beraya ke rumah sesama sendiri dan lepas tu member2 lain, tapi tahun ni Inas beraya kat Kedah lama sangat & zack pun dah tak sempat nak join beraya sebab dia pun baru tahun pertama raya berdua. Amie pulak bila call raya ke-3 dah start keje. Walaupun tak bersua, aku yakin ikatan persahabatan antara kita semua tetap kukuh. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Di hari yang mulia ini, aku menyusun sepuluh jari, mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada kawan2 semua atas segala kesalahan,
terkasar bahasa,
ter silap bicara,
tertanya tak tentu hala,
termarah yang tak kena,
tersasul yang tak sengaja,
terpukul kat mana-mana, terpekik kat telinga,
terpinjam harta-benda,
termoody tak semena-mena,
terumpat bila-bila,
termacam-macam lagi yang tak kena.

Semoga dimaafkan.....



Ikhlas dari,
Muhamad Khairi Baharudin
Siti Fatimah Khamis
Damia Syakirah Muhamad Khairi

Monday, October 8, 2007