Wednesday, December 31, 2008

Lagi gambar masa percutian di PD




ni antara gambar2 yg aku nak share ngan semua. Byk lagi gambar2 yg menarik ada pada inas. Nas, nanti ko postlah gambar kita ramai2, especially masa makan2 kat Pasir Panjang.

2 days One Night trip to Agrotek Resorts

2 Days 1 Night Family Building in Agrotek Resort Ulu Langat

Asslammualaikum w.b.t

To all members of ex-SMKJ,

As we all know, our planned to Port Dickson last week was cancelled due to family matters and other thing that can’t be avoided.

This is my hope and maybe others, that we can give our full commitment for our next plan that is ‘Family Team Building’.

Please think about it and reply to me back as soon as possible by end of this week.
The plan is as below:

Venue: Agrotek Resort Ulu Langat
Date: 24th January 2009 to 25th January 2009

Your co-operation will be:

1. Family details that is (Full name- spouse and child including IC no.)
2. Address, phone and mobile no.
3. Email adds.

Please email it to me, as I will be temporary organizing this event with Marzida and Inas.
With this information and your participation will decide how much and what will we have on the ‘Family Building’. Who knows Mawi world will come to our event.
Think about it, don’t just talk but act and maybe we can make the changes.

InsyaAllah.

Thank you, and hope to hear your respond by this week.

Rgrds,
Remy
hoezaimei@affinsecurities.com.my 60146604620

Tuesday, December 30, 2008

Thursday, December 25, 2008

Reunion Di PD

Malam nie amie datang rumah aku, aku pun tak tahu apa mimpi dia datang rumah aku. setelah berbincang ngan amie dan juga setelah mengambil kira pandangan dari shikin dan juga sambutan yang tidak menggalakan dari semua kekawan, reunion pada 28 @ 29 nie terpaksa dibatalkan. satu penentuan tarikh akan ditentukan kemudian. kepada kawan2 yang ada kesempetan untuk datang pada 29 haribulan nie, satu pertemuan kecil2an akan diadakan diPD. harap maklum. segala kesulitan amat dikesali. terima kasih

Wednesday, December 10, 2008

Monday, December 8, 2008

Salam AidilAdha...


SALAM AIDIL ADHA DARI KAMI SEKELUARGA KEPADA SEMUA YANG MENGENALI.. MAAF DIPOHON BCOZ X DAPAT SAMA2 BERTUKAR2 CERITA 28HB NTI. PAPE PUN WISH U ALL HAVE THE MOST WONDERFUL MOMENT ON THAT DAY.

Tuesday, December 2, 2008

whats up smkj




to member2 smkj,
apa khabar sume? ....
takziah kat cik zihan diatas pemergian pakcik nya( abg aki ) yg disayangi.
"teringat masa sekolah rendah kebangsaan beranang dulu ..."

aku setuju ngan idea khairi, lebih mudah kita buat cam dulu.

so, biler kita nak lepak discuss benda nie ...
so jgn lupa info aku, insyaAllah aku turun umah inas ....
sori la geng, lately nie bz bangat... so tak leh nak update ...kuang3

anyway ... Selamat Hari Raya AidilAdha & Maaf Zahir Batin dr aku sekeluarga

rgrds,
remy

Ini ke SAJAK KEMATIAN TU..???

Sape2 yg ada simpan gambar2 masa kite buat pantomim sekolah dulu, Silalah post disini...(Aku x igt..Smkj Menang NO. berapa ek masa pertandingan Senirama Sekolah2 Daerah Hulu Langat Dulu..??)

Sajak Kematian Untuk Semua Yang Masih Hidup

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!
Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit
Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB
Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas
Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya
Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku
Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal
Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala
Apa yang kau mahu?!
Oh tuhan..
Panjangkan umurku..
Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun
63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi
Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB
Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku
Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..
Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!
Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku
Nenekku datang.. nenek!
Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini
Ibu!!!!!!!!! !
Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi
Ayah!!!!!!!! !!!!
Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya
Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!
Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!
Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!
Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba
Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!
Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang
Apa ini?!
Apa ini?!
Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!
Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan
Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku
Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!
Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..
Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya
Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah
Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku
Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !
Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!
Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!
Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya
Siapa engkau?
Akulah amalanmu yang kejiiiiĆ¢€¦
Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh
Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?
Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

Sunday, November 30, 2008

smkj Gathering

Salam to all my freind.
setelah segala perbincangan yang telah kita lakukan, satu keputusan yang boleh kita simpulkan adalah gathering akan di adakan pada 28 disember 2008. aktivity yang akan kita adakan adalah aktivitu BBQ. segala perbelanjaan akan disponser oleh exsmkj yang bermurah hati bagi menjayakan gathering kali ini. semoga kepada semua nama yang telah dilistkan pada posting sebelum ini dapat menghadirkan diri.

Wednesday, November 26, 2008

Pd - 25 Dec- 2005



~betapa org x ramai time tu~

Tuesday, November 18, 2008

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang umur daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannyayang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.

Wanita
1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kitalihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan ibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah - sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkankepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan ?
Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala
kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Tambahan..................


Begitulah sayangnya Allah kepada kaum wanita namun ketika Nabi Muhammad s.a.w Israq dan Mikraj...... dilihatnya begitu ramai penghuni neraka adalah kaum wanita dari kaum lelaki.......... renung renungkan juga... dimana silapnya...wallahhu'alam............

Tips Menangani Anak

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan
dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi
bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan
dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada
rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si
anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah
suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak
rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace
cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan
cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa
veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun
dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan
lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang
baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.


501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan
potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan
winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai
winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka
dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak
boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang
dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Monday, November 17, 2008

Hukum Isteri Meleteri Suami

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet...... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing. Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya de ngan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi mo de l yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan de mi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan de ngan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka de ngan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. " MENGHERDIK Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan de ngan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa. Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami de ngan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad. Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah. Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? " Fatimah amat sukacita men de ngarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya... Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf de ngan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya. Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman mo de n yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. " Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA. TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Pimpinlah Rumahtanggamu Ke arah Syurga

Paparan saya...Tafsiran anda...

Dengan Menyebut namaMU Ya-ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Syukur alhamdulilah di bumi yang penuh barakah ini dapat kembali kita semua
meneruskan kehidupan amanat yang ALLAH swt berikan pada kita sebagai
Khalifah di muka bumi ini. Moga kehidupan yang dilalui dapat dimanfaatkan
ke arah kebaikan dunia akhirat serta dipohon terhadap-Nya dijauhkan kita
sebagai Umat yang Lalai.. Insya-Allah..

Sahabat sahabiah yg dimuliakan,

Fahamilah, Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika
dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk
mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang
tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah
bulan serta kerdipan sang bintang.

Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang
dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti
mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga
tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata.

Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian
yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan
airmata dititis kerana dunia. Fahamilah, Tiada keindahan hidup ini jika
amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya.

Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan,
tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk
mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.

Sahabat Sahabiahku yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan
kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang
berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian.
Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan
ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba- hamba yang bertakwa.

Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan
terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Bertegaslah kamu dalam urusan
akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah
bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya
sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah
anak-anakmu.

Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang
menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar
setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman
adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan
kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur.

Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan
ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah
melambangkan kelemahan peribadimu. Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk
isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu.

Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira
jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling
dipercayai.

Sahabat &Sahabiah yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu.
Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya.

Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan
senjata kasih sayang.

Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda
umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah
dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah
keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu
atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka.

Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi
adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa
sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya
merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan
layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki
pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan
apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah
bakal ayah kepada anak-anakmu.

Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah
dia baik- baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya
dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan
kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia
melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang
memancar indah.

Doa utk para-para suami:

"Ya-Allah Kurniakan diriku Suami yang soleh, serta jadikan diriku anak
isteri yang soleha di pandangan mata kedua orang tua dan suami serta
anak-anak yang mendapat barakah dunia akhirat. Jadikanlah rumah tanggaku
rumah tangga yang mendapat keberkatan DUNIA AKHIRAT seperti yang engkau
kehendaki..

Amiin.

Semoga berbahagia ke akhir hayat..Insya-Allah...

Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."

Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu
pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.

MUKA DAN LEHER: "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
a) Bersolek (Make Up)
b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahiliyah"

DADA: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup
dada-dada mereka."

WANGIAN: "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Monday, October 27, 2008

Lunch and Meeting at Normah's House

Semalam 26 october 2008 kawan kita En Kamarul and Pn normah mengadakan majlis open house dirumahnya kat semenyih. Antara yang hadir semalam Zariman, shikin fazdlee, faizal and fitria. semalam kitorang sempat berbincang untuk mengadakan reunion coming soon ni. Detail sebeperti berikut:

Date: 28 Dis 2008
venue: Blue Lagoon Prt Dickson
Time: 10.00 Pagi- 6.00 Petang
activity: 1- BBQ - Ayam
Daging lembu
Soses
Ikan

bagi mereka yang ingin membawa mee goreng ke, sandwich ker dll adalah digalakan.cadangan collaction mungkin dalam rm 60.00/family . amie akan survey tempat kat PD, kalau dia tak dapat tempat, kemungkinan kita akan buat kat tempat lama ' blue lagoon'. Cadangan terbaru dari watie kita akan buat pertandingan untuk yang hadir masa gathering ni....Segala batahan dan juga cadangan ... sila salurkan pada comment dibawah ini. TQVM.
Cadangan dari shikin, kita buat tukar2 hadiah, cabutan akan dibuat untuk diberikan hadiah atas nama yang telah dicabut. buget untuk 1 hadiah masih belum ditetapkan. sila beri cadangan. cadangan hadiah beli di PD sahaja tapi kalau nak beli dishoping mall pun boleh gak bawak kat sana. something yang boleh mengingatkan pada gathering.

Sila cadangkan collaction untuk gathering kali ini. mungkin rm 60.00 terlalu banyak sebab ada port luck.

Update:
kita akan buat macam pot luck dan antara mereka yang bersetuju dan berkemungkinan membawa makanan tambahan:
Cadangan makanan tambahan
1- junk food seperti kacang, mamee, twistess dll
2-air minerel
3-air sirap atau air buah2an
4-kueh raya mcm kueh tat, muruku kacang pandai, batang buruk dll
5- kepok keping - boleh makan ngan mihun.
kalau ada cadangan dari kekawan yang lain sila berikan, kalau ada korang yang berkenan nak bawak salah satu dari list diatas sila inform aku...

*hanya dalam cadangan sahaja... belum confirm...

List Yang akan join gathering Beserta Makanan
Asmanizam - Bihun Goreng

Marzida - same as above
Nas - Satay Minang
Amie -Spagheti Peranchis
Watie* - Sandwich,nasi impit dan kuah kacang...
Shikin - Dalam menunggu ilham
Azmah - Air serta cawan Sekali
Normah - Jajan 1
Kamarul - Jajan 2
Fitria - Karipan dan keropok
Fazdlee
Zaliza
Hanafi
Gee
Jerry
Khari
Zariman
Zack*
Jazid
Mawar*
Faizal

*will be confirm
P/s tolong inform kat aku siapa lagi yang nak join nanti

Monday, October 20, 2008

Renung2kan dan Selamat Beramal

RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Citra ---- vios-----seterusnye..
3) Badminton ----- EPL------ Moto GP----- Formula 1
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Congkak --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik danglamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAHKITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Beranang ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONALimprovement banyak kepada ke arah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Saturday, October 18, 2008

Beraya bersama-sama

kepada kekawan yang beraya beramai2 hari tu, aku nak minta maaf sebab lambat nak upload gambar dan juga cerita kat dalam blog smkj yang kita sayangi ini. yang mana tujuanya adalah untuk mengetahui perkembangan semasa dan berkongsi cerita sesama kita. diharap kepada kekawan yang melawati blog ini tidak lah jemu mengirim perkhabaran untuk di war2kan di blog ini. Antara geng2 beraya hari tu nas n family, khairi n fmly and ijam n family.Rumah pertama yang kitorang serang hari tu adalah rumah aku sendiri, en khairunnas and family. 1st raya amie ada datang rumah aku. lupa pulak nak amek gambar dia masa datang hari tu. aku call khairi untuk join sekali masa tu, tapi dia tak dapat datang sebab beraya di rumah saudara mara dia kat minangkabau. amie dia tak dapat nak bersama sama masa raya kedua sebab dia kena balik beraya di muo rumah wife dia. so aku planning ngan khari untuk serang rumah kekawang masa raya kedua.




Rumah kedua yang kitorang g adalah rumah en zakaria. kebetulan masa wife dia melahirkan hari tu aku dan khairi tak sempat nak melawat dia. anak dia lahir awal, kalau tak salah aku dalam usia kandungan 7 bulan. wife dia ada masalah kesihatan, so kena lah melahirkan awal. anak dia pun kena tahan kat wad lebih sebulan. Alhamdulillah, skang baby dia pun sehat walafiat. dia dikurniakan baby girl yang comel. kami ajak zack untuk g beraya bersama, tapi disebabkan anak dan dia masih dalam "pantang" lagi, so tak dapatlah zack nak join sama.


Seterunya, kami singgah kerumah cikgu normah. Biasanya tiap tahun kitorang tak miss untuk kerumah cikgu Normah ni. semenjak dah ada commitment ni, baru tahun nie berkesempatan g kerumah dia. biasanya kami kerumah cikgu berenam orang, aku, khari, zack, man, ajid and azam. tapi tahun nie aku berdua ngan khairi jer, aku terlupa nak ajak azam. banyak cerita terbaru berkenaan sekolah kesayangan kita yang diupdate dek cikgu normah. anak dia skang pun dah masuk upsi, nak jadi cikgu juga. dia gitahu ada kita punya senior buat gathering kat stafffield ajak cikgu . kalau tak salah aku geng2 akak boom ker. Pemain hoki sekolah kita yang jadi golkeeper tu, ada sesiapa yang kena duia?. Dia cadangkan juga untuk kita buat reunion kat sekolah ajer, dan macam2 lagi cerita. tak sempat nak tulis kat sini... khairi.. ko tolong tambahlah cerita aku ni kalau ada yang tertinggal.

skang dah kul 3.00 pagi, aku tak larat nak sambung cite pasal beraya kat rumah azam.. sok aku sambung cerita.... tunguuuuuuuu ...

aku sambung cerita aku balik skang dah kul 3.40 petang 21 oct 2008. kat luar tgh hujan so aku boring plak kat opis ni, tak tahu nak buat apa so aku update lah blog kita ni... perjalanan seterunsya adalah rumah Asmanizam. bekas ketua pengawas sekolah menengah khir johari. Cikgu normah ada g tahu yang nama2 semua bekas ketua pengawas SMKJ akan dilekatkan kat sekolah ni.. so one of the name will Asmanizam Ahmad Sanusi.hehehe
Next house adalah rumah ajid. dia tetap maintain masih kurus seperti dulu. aku rasa dia mcm ni sebab tak kawin lagi kot. nanti pas kawin badan mesti macam kena tiup... hehehe... so mawar pas nie kena lah masak sedap2 sikit bagi badan ajid nie gagah perkasa sikit. kat rumah ajid nie kitorang dihidangkan dengan hidangan yang istimewa sikit, kebetulan kitaorang datang rumah dia dalam kul 2 ptg lebih tak jumpa nas lagi, tapi sebelum tu aku rasa dah makan kat rumah ijam, tapi nak layan nasi lemak punya pasal, kitorang pun apa lagi... seraaaangg...
Tahun ni beraya di rumah mawar agak berbeza dari tahun2 lepas, aku rasa sebab kawan kite berdua ni dah bertunang, biasa adek mawar yang banyak layan ngan kitorang, tapi tahun nie kakak dia pulak yang banyak bertanya, sebelum nie kitorang pernah berlawak " aku kira 1, 2 , 3 korang tutup mulut ayu.... hhehehe... mcm ceria nasib si labu labi... tapi semua tu kitorang bergurau jer.... tahun nie pun kitorang tak jumper ayu... lupe pulak nak tanya ayu g mana...

rasanya dulu ayu ada masuk blog nie... tapi rasanya dah lama dia tak masuk.. kalau ada sesiapa yang jumpa dia ker atau yang contact dia pls inform dia suruh masuk and memeriahkan lagi blog kita ni..

Monday, October 13, 2008

Reunion Gathering 2008

Assalammualaikum,

Memandangkan masa terlalu singkat untuk buat majlis Reunion untuk tahun ini, ina ada cadangan jika semua setuju.. untuk mengadakan gathering pada 28 Disember 2008 (Ahad) iaitu besoknya adalah cuti Awal Muharam. Jika ada tarikh lain amat dialu2kan..

Ina akan survey beberapa hotel 3-5 star antaranya ialah:-

1. Palm Garden IOI Resort, Putrajaya

2. Palace of Golden Horses, Sri Kembangan (5 star)

Weekend Hi-Tea 12.00noon -5.00pm @ Carousel Cafe Dining
RM42++ (per adult) RM22 (per child)


3. Alson Kelana Resort, Seremban (3 star)

Hi-tea Menu (min 30 persons)
Menu IA
RM45++ Per Person

Assorted Finger sandwiches
Tauhu Sumbat
Rojak Buahan
Nasi Goreng Kampung
Penang Fried Kway Teow
Deep Fried Vegetables Spring Rolls
Oven Baked Sausage Roll
Assorted Tropical Fresh Fruits
Selection of Pastries and Cakes
Fruit pudding and Jelly
Sago Gula Melaka
Coffee or Tea

Menu IB
RM45++ Per Person
Assorted Finger sandwiches
Rojak Tauhu
Cucur Udang
Pineapple Fried Rice
Crispy Curried Samosa
Sotong Ball Sweet & Sour Sauce
Assorted Tropical Fresh Fruits
Selection of Pastries and Cakes
Fruit pudding and Jelly
Cream Caramel
Coffee or Tea

Malaysian Buffet Menu (min 30 persons)
Menu IA
RM55++ Per Person

COLD
Gado-gado Padang Jawa
Tauhu sumbat, Ulam-ulam with sambal
Mixed Lecttuce, Tomato, Cucumber,
Carrot, Coleslaw, Assorted Dressing
Keropok and Papadum

SOUP
Sweet corn and Egg
Rolls and Butter

MAIN DISHES
Steamed White Rice
Ayam Masak Kurma
Sweet & Sour Fish Fillet
Lamb Paratel
Egg Foo Yong
Nyonya Fried Vegetables

DESSERTS
Asorted Fresh Tropical Fruit
Campuran Kuih Muih Melayu
Slice Pastries, Sago Gula Melaka
Bubur Kacang Hijau
Coffee or Tea

MENU IB
RM55++ Per Person

COLD
Rojak Ayam Kuala Sepetang
Cucur Udang, Ulam-Ulam with Sambal
Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber
Carrot, Potato Salad,
Assorted Dressings
Keropok and Papadum

SOUP
Sup Ayam Berembah
Rolls and Butter

MAIN DISHES
Steamed White Rice
Roasted Chicken Chinese Style
Ikan Lemak Cili Padi
Stir Fried Beef Ginger
Aulo Gobi (Indian Mixed Vegetables)
Braised Beancurd with Chicken

DESSERTS
Assorted Fresh Tropical Fruits
Campuran Kuih Muih Melayu
Slice Pastries, Cream Caramel
Chendol Mamak
Coffee or Tea

Setup rountable setting for 30 persons, 1 registration table for 2 persons, 1 rostrums with microphone, white screen upon reuest, PA System, lighting, sound system & soft music during dinner time.

4. Concorde Inn KLIA (3 Star)

RM55++ seorang Dewasa (RM63.25 bersih seorang)
RN39++ seorang Kanak2(RM44.85 bersih seorang)

Kemudahan Percuma:
  • Penggunaan bilik berasingan
  • PA System dan Mikrofon
  • Rostrum
Caj "Backdrop: Percuma untuk 23 abjad yang terdahulu (tanpa logo) Abjad berikutnya akan dikenakan caj RM1.00 setiap satu.

INTERNATIONAL MENU LUNCH
RM55.00++

Cold Starter
Smoked chciken Galantine 'Princess'

Salad - Western
Pick Up your favaourite green salad
chicken and pineapple salad walnut
Germany potato salad with almond flake

Thousand Island Dressing
Italian Dressing
French Dressing

Local Appetizer
Pasembur Penang Style
Chinese and Jelly Fish Salad

Soup
Hot and sour szechawan soup

Hot - dishes
Steamed white rice
roasted sesame chicken with orange sauce
sweet and sour dory fish fillet
stir fried Squid with black bean sauce
Rolled Beef with onion Tarragon sauce
Braised sew pak choy with garlic

Dessert

Assorted slice fruits
miniature of cake and roll
cream brule
chilled sabayon with flavors
honey dew pudding
mango pudding

Coffee and tea

INTERNATIONAL BUFFET LUNCH
PRICE: RM55.00++

Appetizer and salad
Mixed seasonal garden and green salad
Warldof salad topped with almond flake
german potato salad with fried turkey ham
tomato with layered cheese salad

thousand island dressing
italian dressing
french dressing

Cold Starter
assorted cold cut platter

Local Appertizer
rojak mamak penang
thai squid salad with glass noodles
kerabu mangga muda campur betik muda
begedil kentang ayam

ulam2 melayu
sambal belacan
sambal cencaluk
sambal tempoyak

Soup
Minestrone soup ala primavera with parmeson cheese and crouton

Hot Dish - Western
Steamed white rice
deep fried chicken cardon blue
pan fried dory fillet with mornay sauce
Wok fried beef with black pepper and onion
sotong masak lemak campur terung
braised mixed vegetable deluxe
saute fettuccini with carbonara sauce

Dessert
Assorted fruits in season
selection of prune and stawberry roll
honey dew pudding
sago gula melaka
cream brule

Bread and butter pudding

Coffee & Tea


5. Pan Pacific, KLIA (5 star)

Function (Lunch)= *Buffet Lunch @ Degrees Restaurant @RM75.00+5% Govt tax

Function space is reserved for the time indicated. Please advise us 3 days in advance should additional set up/tear down is required or any program revision is anticipated in order for us to reserve the appropriate space. The hotel reserves the right to change the venue if the number of person fall below the minimum required. Extension of hours will be charged at RM200 per hour.

Setup Rounds of 10, agr 35 pax

6. Royal Bintang, Seremban

Ada dua option iaitu samada just makan2 @ restaurant buffet hotel or booking seminar hall. Ina akan berikan harga kedua2 tersebut untuk dibuat pembandingan. Kelebihan yang Ina lihat kalau booking seminar hall kita akan dapat PA System, setup round table n buffet style lunch. Biasanya jika dalam lebih 35 orang kita akan dapat pakej 1/2 day seminar yang menarik.

Bajet yang ina sarankan ialah antara RM50/RM60 (Dewasa) satu pale n kanak2 (5-11thn) half price.

Sila berikan komen kalian... ina perlukan sokongan anda sumer...

10s, Ina

Wassalam

Friday, October 10, 2008

A'famosa Package

Assalammualaikum,

Hye sumer, berikutan perbincangan ina, ijam, inas n khairi pada hari raya tempoh hari.. Sebenarnya kami berbesar hati ingin menganjurkan percutian untuk Reunion ex-SMKJ Batch 1992-1996. Ina cuba2 la cari tempat dan timbul idea untk ke A'Famosa Resort, Melaka pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Ina akan bantu dari segi mencari tempat dan mengumpulkan kawan2 kita untuk mendapat feedback mereka sumer.

Ina sudah dapatkan quotation daripada Syaza Travel & Tours sepertimana dilampirkan di atas, kemudian ina akan updatekan quotation daripada AFamosa Resort itu sendiri. Harga pakej bagi dewasa ialah RM145, harga tersebut adalah untuk low season, jika peak season macam weekend, public holiday or cuti sekolah pula dikenakan surcharge.

Masalahnya ialah tarikh kita yang belum ditetapkan dan agak sukar pihak resort or hotel untuk memberikan quotation tersebut.

Setakat ini cadangan bulan untuk diadakan pada tahun hadapan 2009:-

1.Khairi - bulan 3 atau bulan 2 (Raya Cina)
2.Watie - bulan 5
3. Ina & Ijam - bulan 5

(Sape ada cadangan sila tinggalkan komen ina akan listkan di sini)

Ina perlukan bantuan untuk mencari contact number kawan2 sumer. Ina akan listkan nama sedikit masa lagi...

Kay.. Da Wassalam

Ina

Wednesday, October 8, 2008

Aliya Kaisara


Baby yang nie pulak nama dia aliya kaisara, anak Norzaliza dangan fazdlee. sempat jugak kitaorang beraya kat rumah liza ni. masih dalam pantang lagi rasanya baru dua minggu...biasa memang tiap tahun kitorang g rumah liza nie... nak ajak dia g beraya ngan kitorang tak boleh lah pulak sebab masih dalam pantang lagi....muka aliya ni macam bapak dia... betul tak? Perkembangan terbaru tentang diorang nie rasanya liza masih lagi kerja ditempat lama ali pulak kerja kat nilai... kalau ada sesiapa yang nak beli rumah atau nak bayar bill boleh jumpa ngan dia...

Nuraliya Kamilah



nie lah dia anak kawan kita mohd zakaria bin sanip. nama dia kalau tak salah aku noraliya kamilah, kalau tak salah aku.. aku pun dah lupa... anak zack ni lahir awal dari tarikh jangka. rasanya 7 bulan. so sian kat zack ni hari tu, banyak berulang ke hospital kajang sebab anak dia kena tahan dihospital...

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya - Nas and Family.

Salam untuk semua. Sempena syawal yang bakal menjelang tiba, aku ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya selama ini kata-kata aku yang menguris hati dan perasaan kekawan semua. semoga aidilfitri ini memberi kebahagiaan dan keceriaan...Dan mengeratkan silatulrahim sesama kita...Semoga Ramadhan memberi keberkatan dan rahmat...kepada korang-korang yang nak balik kampung tu, berhati-hati bila memandu, kalau penat dan mengantuk tu...singah-singahlah kat RnR kasi teh tarik atau kopi O ke... akhir kata aku sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...





Wednesday, September 24, 2008

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS...(sudi2 la ke rumah)

13 Aurat Wanita

SEKADAR MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN TEMAN-TEMAN.....

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka
(perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan
yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti
pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung
yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari
Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat
31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya -
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah -
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan
Ibn Majah.




Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian
itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah
maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan
mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan
: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu
di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wasallam.

Monday, September 15, 2008

A Very Sad Story - Menstrual Cycle - Please Pass To Your Female Friends

* PASS THIS ON EVEN IF YOU DO NOT USE IT*

Recently this past week, my cousin Nicole Dishuk (age 31...newly graduated
student with a doctoral degree about to start her new career as a
Doctor...)
was flown into a nearby hospital, because she passed out.

They found a blood clot in her neck, and immediately took her by helicopter
to the ER to operate. By the time they removed the right half of her skull
to relieve the pressure on her brain; the clot had spread to her brain
causing severe damage.

Since last Wednesday night, she was battling... they induced her into a
coma
to stop the blood flow, they operated 3 times... Finally, they said there
was nothing left that they could do... they found multiple clots in the
left
side of her brain... the swelling wouldn't stop, and she was on life
support...

She died at 4:30 yesterday. She leaves behind a husband, a 2yr old Brandon
and
a 4yr old Justin... The CAUSE of DEATH - they found was a birth control she
was taking that allows you to only have your period 3 times a year... They
said it interrupts life's menstrual cycle, and although it is FDA
approved... shouldn't be - So to the women in my address book - I ask you
to
boycott this product & deal with your period once a month - so you can live
the rest of the months that your life has in store for you.

*Please send this to every woman you know - you may save someone's
life... *Remember,
you have a CYCLE for a reason*!

The name of this new birth control pill is *LYBREL *. If you go to
Lybrel.com <http://lybrel.com/> http://lybrel .com/, you will find at least
26 pages of information regarding this drug.

The second birth control pill is, *SEASONIQUE* . If you go to the website
of, Seasonique.com <http://seasonique.com/>http://seasoniqu e .com /, you
will find 43 pages of information regarding this drug.

The warnings and side effects regarding both pills are horrible. Please,
please forward this information to as many daughters AND sons, co-workers,
friends and relatives. Several lives have already been changed.

Tajinder Singh Sohanpal
23 Psn Batu Hampar,
Taman Batu View
68100 Kuala Lumpur
013-3832303
skype : tajinder23

Tuesday, September 9, 2008

TOLONGLAH WAHAI WANITA!!!

Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan
rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin
lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji
dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh
wanita.


Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga
iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka
dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita
semua terselamat.


Nabi Muhammad bersabda :


ŲµِŁ†ْŁَŲ§Ł†ِ Ł…Ł† Ų£َŁ‡ْŁ„ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ Ł„Ł… Ų£َŲ±َŁ‡ُŁ…َŲ§ Ł‚َŁˆْŁ…ٌ Ł…َŲ¹َŁ‡ُŁ…ْ Ų³ِŁŠَŲ§Ų·ٌ ŁƒَŲ£َŲ°ْŁ†َŲ§ŲØِ Ų§Ł„ْŲØَŁ‚َŲ±ِ ŁŠَŲ¶ْŲ±ِŲØُŁˆŁ†َ ŲØŁ‡Ų§ Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³
ŁˆَŁ†ِŲ³َŲ§Ų”ٌ ŁƒَŲ§Ų³ِŁŠَŲ§ŲŖٌ Ų¹َŲ§Ų±ِŁŠَŲ§ŲŖٌ Ł…ُŁ…ِŁŠŁ„َŲ§ŲŖٌ Ł…َŲ§Ų¦ِŁ„َŲ§ŲŖٌ Ų±Ų¤ŁˆŲ³Ł‡Ł† ŁƒŲ£Ų³Ł†Ų© Ų§Ł„ْŲØُŲ®ْŲŖِ Ų§Ł„ْŁ…َŲ§Ų¦ِŁ„َŲ©ِ Ł„َŲ§ ŁŠَŲÆْŲ®ُŁ„ْŁ†َ
Ų§Ł„ْŲ¬َŁ†َّŲ©َ ŁˆŁ„Ų§ ŁŠَŲ¬ِŲÆْŁ†َ Ų±ِŁŠŲ­َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŁ†َّ Ų±ِŁŠŲ­َŁ‡َŲ§ Ł„َŁŠُŁˆŲ¬َŲÆُ Ł…Ł† Ł…َŲ³ِŁŠŲ±َŲ©ِ ŁƒَŲ°َŲ§ ŁˆَŁƒَŲ°َŲ§


Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya
lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang
mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2)
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk
syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga
itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang
tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.


Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-

· 1) Aurat wanita : Apa sudah jadi
· 2) Kerjaya wanita, Aurat & Suami Nusyuz
· 3) Bertudung Tapi Hina Agama & Hukum : Dosa Ganda
· 4) Seluar Londeh Wanita & Seksi : Hak Kebebasan Peribadi ?

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman


http://www.zaharuddin.net/


5 Sept 2007


23 Syaaban 1428 H


Berikut adalah emailnya :-


Assalamualaikum,


(minta admin padam nama saya sebelum release)


Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan
mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak
dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan
dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri
(celakalah keatas kamu!!!).

(Embedded image moved to file: pic19156.jpg)


95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal
sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib
baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi
saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah
macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai
membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap
hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.


Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah
melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada
perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek
celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak
sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini
mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...


Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak
terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan
nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo
nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar
dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau
balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu
lagi...


Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup
setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari
oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan
orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa..
tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

Thursday, September 4, 2008

Lobak, telur & serbuk kopi.. ;-)

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan
mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak
tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan.
Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah
selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk
dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk
tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur
di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan
menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh
ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan
menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang
lain, dan menuangkan kopi di mangkuklainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu.
Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu
memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya,
dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Si anak tersenyum
seketika, mencicipi kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama,
perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak
sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus,
lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang
tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus,
isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah
berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu
lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau
menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?

P/S: Kita menjadi apa yang kita pikirkan..Allah takkan mengubah nasib kita
selagi kita tak tuk mengubahnya...setiap kesulitan pasti akan ada
kesenangan...hadapilah dgn penuh kesabaran..

Tuesday, September 2, 2008

KISAH DOA (UNTUK RENUNGAN)

BACALAH SEMOGA IANYA MEMBERI KEINSAFAN & IKTIBAR KEPADA KITE SUME……J


Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?


Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke.
Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap
dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah

yang terbaring tak berdaya.


Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang
berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24

jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan
meninggal dunia!
Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan

yakinnya.


Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas

waktu yang sudah disepakati.
Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si
pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang
berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau

hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.


Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari
suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa

buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau
dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar
besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu
terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil,

putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata
di pipi mereka.
Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu
kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap
akan kesembuhanmu.
Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku
tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku
tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam

kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity

dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar
dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan

pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu
membesarkan mereka seorang diri.


Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin
deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.
Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah
ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang
baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia
baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.
Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat
waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang

luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10
minit ada yang berdoa 47 orang!


Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah di antara pekerjaku, kaum kerabatku,
teman kerja ku, teman organisasi ku tidak ada yang berdoa buatku?
Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak
ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu
semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya
pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup

memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan
kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini
adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk
melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di
kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi
sambil memangku si bongsu.


Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata,
Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi
meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47
orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang
pernah dia kunjungi bulan lalu.
Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar
anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu,
walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan
untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.
Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat
khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU.
Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang
koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak
yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.


Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa
bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita
fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia.
Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa
dari orang-orang yang mengasihi dia.
Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan

kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah
perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang

lain.
Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan
hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN

saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami
sekarang...!!!'


buat baiklah selalu...kepada semua makhlok Allah because we never know when

we r going to need help.....setiap kebaikan dan kejahatan yang kita buat
pasti ada balasannya....its in matter of sooner or later aja...



"Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya"