Monday, July 27, 2009

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Buat...renungan ibu2 & bapa2...................

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat
melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca
Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka
mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya
Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan
kita akan lumpuh."


"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap
melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak
lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".


"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari
usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya
sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu
iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting
dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran
mereka,"


Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA
BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".


"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para
suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu,
sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan
mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."


"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa
rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja"..
"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya
ketenangan di rumah."


"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka
berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah.
Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat
membeli-belah di dunia ini."


"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka
dengan Allah dan RasulNya"


"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".
"Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".


"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak
surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian,
tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.


"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan
berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka
terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat
para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"


"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka
sering sakit kepala".


"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka
akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan
retaknya sesebuah keluarga"


"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk
mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."


"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana
Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan,
fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka
jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak
berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala
sebaliknya berbuat dosa semata-mata.


"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat
mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan
segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah
merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."


PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan
jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS
MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya
ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."


"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan akan
Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS
INI AKAN BERHASIL???"


"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"



This email and any attached files ("Message") may contain confidential and/or privileged information. It is intended solely for the addressee(s). If you receive this Message in error, inform the sender by reply email, delete the Message and destroy any printed copy.
Any unauthorized use, distribution, or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Emails are susceptible to alteration. Neither Technip nor any of its affiliates shall be liable for the Message if altered or falsified nor shall they be liable for any damage caused by any virus that might be transmitted with this Message.

5 Perkara.....

5 Perkara.....





Assalamualaikum

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1-وجه جميل
1:wajah yang cantik


2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak


3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik


4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita


5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan


سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan
siapa
yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

































This email and any attached files ("Message") may contain confidential and/or privileged information. It is intended solely for the addressee(s). If you receive this Message in error, inform the sender by reply email, delete the Message and destroy any printed copy.
Any unauthorized use, distribution, or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Emails are susceptible to alteration. Neither Technip nor any of its affiliates shall be liable for the Message if altered or falsified nor shall they be liable for any damage caused by any virus that might be transmitted with this Message.

Thursday, July 23, 2009

Cara makan: Sains & Islam

Assalamu3alaikum..
Mari kita lihat betapa indahnya Islam dan betapa hebatnya Kuasa Allah

s.w.t

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah

s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan

kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit

garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan

menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,

tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini

adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang

dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first

process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah

yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah

sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya

bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk

kita.



Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga

adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, menurut Dr Jamnul

Azhar, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning

adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat

menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.



Selain itu, cuba fikir-fikirkan kenapa penjajah mengajar kita makan

beradab dengan menggunakan sudu dan garfu? Mengapa kita panggil makan

dengan sudu itu makan beradab? Adakah makan dengan tangan itu biadab?

Renung-renungkahlah



2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40

kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita

senang memproseskan makanan itu. Kalo ana tak silap, Rasulullah s.a.w

tak penah sakit perut.



3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmaanirrahim). Membaca Basmalah

sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada

membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka

bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. (ada doktor

cakap camni. Cuba la kaji!)



4. Cara Rasulullah minum.

Berdasarkan apa yang ana baca kat jami3ah, dia kata, minum air itu

secara hirup air, kmudian bernafas. Dia kata sebanyak 3 kali. Tapi

rasanya kalo air tuh banyak, minum dah banyak kali pun.



Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang

menghampiri kepada haram. Kalo ana tak silap, ada yang mengatakan boleh

menyebabkan mandul. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan

bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg

besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita

tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana

apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide,

yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama

dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan juga meniup

air yg panas, sebabnya sama diatas.



5. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang

berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg

dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang

belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.



Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel

ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10

unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain

akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang

belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran

tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik

yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu

dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah

berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit

antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia

tidak dapat merebakkan virus HIV itu.



Sumber:

Dr Jamnul Azhar dalam ucapan beliau

Panduan Makan Majlis Rasmi



Ketertiban dan Kesopanan Dalam majlis Jamuan

Gaya kita makan menggambarkan peribadi kita. Makan bersama orang lain
merupakan satu bentuk perkongsian yang amat besar ertinya untuk
mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa
menikmati juadah.


Majlis makan rasmi


Faktor yang perlu diambil berat
Mengunyah makanan haruslah dengan mulut yang tertutup agar tidak
mengeluarkan sebarang bunyi.

Jangan bercakap dengan mulut yang dipenuhi makanan. Jangan
menggunakan tangan atau sebarang pencongkel gigi. Sebaiknya ia
dilakukan di toilet.
Ketika di meja makan, jangan pula kamu bersolek dan mendandan rambut.
Semua ini seeloknya dilakukan di toilet.

Elakkan merokok di meja makan.

Untuk wanita pula, dinasihatkan memakai beg tangan yang bersaiz kecil
agar mudah diletakkan atas riba.


Sebelum makan
 Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk
anda.
Isteri duduk di sebelah kiri suami, kecuali di meja khas
 Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan  'setting') ambil napkin dan
letakkan di atas riba secara perlahan (bukan dikibas).
 Jangan mengalih, membelek-belek pinggan dan  kutleri (untuk melihat
jenama dsb) atau menukar susunannya
Jangan lapkan pinggan/kutleri (menjatuhkan air muka tuan rumah/pihak
hotel)


  Semasa makan
Makanan dihidangkan dari sebelah kiri anda.
Minuman dihidang dari sebelah kanan.
Pinggan kotor diambil dari sebelah kanan.
Peraturan menggunakan kutleri ialah dari luar ke dalam.


Makan sup
Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri.
Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap
hendaklah tundukkan kepala sedikit.
Menyenduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
Untuk memakan isi sup pula (sayur atau daging) boleh dimakan melalui
hujung sudu
Harus diingat! sup tidak boleh dihirup hingga kedengaran bunyi.
Bila ingin memakan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan
tangan bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk
menyapu mentega sahaja.Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah
dibiarkan terlentang di sebelah kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan
menegak di dalam mangkuk jika tidak berpiring.


Majlis makan rasmi
Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum
anda mula makan
Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan
pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda
Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu
Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda
mengambil bahagian yang terdekat sekali
Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda
tidak menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.


Majlis makan rasmi
Tulang ikan/biji buah-buahan seperti tembikai jangan diludahkan ke
pinggan. Keluarkan dengan jari telunjuk dan ibu jari tanpa membuka
mulut (kedua bibir dirapatkan) dan letakkan di tepi pinggan (boleh
juga diluahkan secara perlahan-lahan ke atas sudu makan).
Jika hendak meninggalkan meja sebentar, pastikan hidangan di hadapan
anda telah dinikmati. Dapatkan keizinan daripada tetamu semeja.
Keluar ke sebelah kanan dan letakkan napkin di atas kerusi.
`Dessert' dan kopi hanya dihidangkan selepas semua tetamu selesai
menghadapi hidangan utama.
Jika memerlukan krim/susu dan gula untuk kopi, tuang krim/susu
dahulu, kemudian gula dan kacau perlahan-lahan.
Sedapat mungkin, elakkan daripada merokok di meja makan, kecuali
semasa menghadapi kopi (minta izin daripada tetamu lain dahulu).
Elakkan sendawa dan bersin di meja makan. Jika tidak dapat dikawal,
tutup mulut anda dengan napkin, tunduk sebelah kiri dan bersin (atau
cepat-cepat tahan nafas dengan memicit hidung).
Bercerita tentang makanan yang dinikmati selepas makan adalah tidak
sesuai pada tempatnya.
Perbuatan suka mengambil 'souvenir' dari meja makan sebaik-baiknya
dihindari.
Anda hanya boleh meninggalkan majlis selepas VIP meninggalkan majlis.
Letakkan napkin di atas meja (di sebelah kiri) sebelum anda
meninggalkan majlis.


Perkara tidak dijangka berlaku di meja makan
Tiba-tiba tercekik makanan, tersedak dan terbatuk
Terjumpa benda ganjil dalam makanan
Terjumpa makanan yang tidak sesuai dengan selera anda
Makanan, sudu, garpu, pinggan atau alatan lain terjatuh ke lantai
Makanan dan minuman tertumpah di atas meja atau di atas riba anda
atau ke atas riba orang yang duduk dekat anda
Jika makanan tersekat di tekak menyebabkan anda tersedak, batuk atau
bersin, palingkan muka ke tepi dan tutup mulut dengan sapu tangan.
Kemudian telan seteguk air. Ini akan membantu melegakan tekak anda.
Jika keadaan tidak berubah, beredar dari meja sehingga keadaan lega,
barulah kembali ke tempat duduk tanpa rasa malu atau bersalah.
Sambunglah makan semula.



petua tambahan
Jika menemui barang luar biasa dalam makanan seperti lalat, rambut,
kuku dan sebagainya, cuba untuk tidak membuat kecoh sehingga rakan
semeja terganggu terutama kalau anda makan di rumah kawan.

Jika makan di restoran, sebaik mungkin gunakan bahasa isyarat untuk
menyatakan masalah anda: sebaiknya cuba maklumkan kepada ketua
pelayan(pengurus restoran).
Jika anda tersuap makanan yang terlalu pedas atau panas,
cepat-cepatlah teguk sedikit air sejuk. Jangan luah makanan tersebut,
tetapi cuba menelannya perlahan-lahan.
Kalau sukar juga ditelan makan luahkan perlahan-lahan dan cermat
tanpa disedari oleh orang di sebelah anda. Gunakan sudu untuk
menadahnya dan letakkan makanan itu di bahagian tepi pinggan anda.
Jika sesuatu barang terjatuh dari meja makan, cepat-cepat minta maaf
dengan berkata, "Maafkan saya."

Sekiranya yang terjatuh itu garpu, sudu atau pisau, cepat-cepat
ambilnya semula dan minta garpu bersih yang lain.

Sekiranya yang terjatuh itu gelas lalu pecah atau terjatuh dan
mengganggu suasana jika kita cuba mengambilnya, biarkan saja.
Habiskan makanan dahulu.
Kalau makanan atau air tertumpah tetapi tidak banyak, biarkan dahulu.
Kalau tertumpah banyak, eloklah cuba mengemaskannya dahulu. Paling
penting, lupakan kejadian itu secepat mungkin. Jangan simpan rasa
bersalah sehingga menjejaskan selera. Teruskan menikmati makanan
dengan selesa.

Jika dihidangkan makanan yang tidak digemari, katakan terima kasih
sahaja tanpa memberi alasan lain.


Contoh Cara Makan
Etika ketika menyentuh hidangan utama
Makanan utama dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu di
tangan kiri, Garpu dengan posisi telungkup.
Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu
masih tetap di tangan kiri.
Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan.

Sesudah selesai makan, pisau dan garpu hendaklah letakkan sebelah-
menyebelah dengan posisi tangkai arah ke kanan dan hujungnya pula
mengarah ke tengah


Cara minum

Sebelum minum, bersihkan terlebih dahulu segala minyak dan makanan
yang melekat di bibir agar tidak meninggalkan bekas makanan, lemak di
tepi gelas.

Jangan sesekali menggunakan air minuman untuk berkumur-kumur, dan
elakkan timbul sebarang bunyi ketika kamu minum.

Kalau boleh jangan tinggal sedikit pun bekas lipstik di tepi gelas.


makanlah dengan tertib dan bersopan


This email and any attached files ("Message") may contain confidential and/or privileged information. It is intended solely for the addressee(s). If you receive this Message in error, inform the sender by reply email, delete the Message and destroy any printed copy.
Any unauthorized use, distribution, or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Emails are susceptible to alteration. Neither Technip nor any of its affiliates shall be liable for the Message if altered or falsified nor shall they be liable for any damage caused by any virus that might be transmitted with this Message.

Wednesday, July 15, 2009

Pregnant Anak Pertama Vs. Pregnant Anak Kedua

Pregnant Anak Pertama Vs. Pregnant Anak Kedua
**** tu belum pregnant anak ke-3, 4, & seterusnya :) :)

Situation 1:
Pregnant no 1:
Isteri: Yanggg I ade berita gumbira!!! I'm pregnant!!
Suami: Alhamdullilah syukurr! Can't wait to be a father!! Wohooo!

Pregnant no 2:
Isteri: Yang.... I pregnant!
Suami: Haaa biar betul? Bila masa plak kita buat? (sambil garu2 kepala)

Stuation 2
Pregnant no 1
Isteri: Yang i tak sedap badan, rasa loya2 & letih je badan memanjang...
(muka 20sen)
Suami:Ala ciannnye sayangg.. do u need anything? Nak abang urut tak?

Pregnant no 2
Isteri: Yang i rasa nak tido je..sorry i tak dapat kemas rumah rasa nak
tido jer. :(
Suami: Laa u ni ikutkan sangat pregnant tu..sebenarnye tak de ape2. it's
all on your mind!

Situation 3
Pregnant no 1
Pukul 3am
Isteri: Yang i mengidam la nak makan mangga. Terliur sangat2 niii
Suami: ala yeke ok... i try cari mangga kat 7E (walaupun tau x de mangga
kat 7E)

Pregnant no 2
Pukul 3am
Isteri: Bang i teringin nak makan ice cream baskin robin laa..
Suami: Kat sini takde baskin robin, esok je la ye.

Situation 4
Pregnant no 1
Isteri: Yang jom temankan i gi jumpa Gyne.. tak sabar nak check up tengok
baby!
Suami: Ok nnt i tell my boss i nak masuk lambat.

Pregnant no 2
Isteri: Yang bila nak gi check up?
Suami: I rasa i tak boleh teman u la this time around, u pegi sendiri je
la. I sibuk

Situation no 5
Pregnant no 1:
Isteri: Perut i dah buncit.. Peha i besar .. do i look fat?
Suami: Noooooo! U nampak cantik and sexy with that cute bumps!

Pregnant no 2:
Isteri: Bang i rasa gemuk la... perut i boncit semacamm.
Suami: Ishh tu laa...pregnant baru 4 bulan ade ke boncit mcm ni?U makan tak
jaga.

Situation no 6
Pregnant no 1
Suami: You rehat je, biar i kemaskan rumah.. jangan buat kerja berat-berat
tau sayang. jaga baby kita tuu.
Isteri: Terima kasih sayang.. (terharuuu!)

Pregnant no 2
Suami: Ni apesal pinggan mangkuk tak berbasuh... baju tak sidai? U ni asyik
tido je ye!
Isteri: I kan pregnant, i tak larat.
Suami: Asik2 bagi alasan pregnant je.

ORANG-ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

Orang - orang
yang Didoakan
oleh Malaikat





Allah SWT berfirman, "Sebenarnya
(malaikat - malaikat itu) adalah
hamba - hamba yang dimuliakan,
mereka tidak mendahului-Nya dengan
perkataan dan mereka mengerjakan
perintah - perintah-Nya. Allah
mengetahui segala sesuatu yang
dihadapan mereka dan yang
dibelakang mereka, dan mereka tidak
memberikan syafa'at melainkan
kepada orang - orang yang diridhai
Allah, dan mereka selalu berhati -
hati karena takut kepada-Nya" (QS
Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan
oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam
keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari
Abdullah bin Umar ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang tidur dalam
keadaan suci, maka malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga
malaikat berdoa 'Ya Allah,
ampunilah hambamu si fulan karena
tidur dalam keadaan suci'" (hadits
ini dishahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Shahih At Targhib wat
Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu
shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu
Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW
bersabda, "Tidaklah salah seorang
diantara kalian yang duduk menunggu
shalat, selama ia berada dalam
keadaan suci, kecuali para malaikat
akan mendoakannya 'Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah
ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada
di shaf bagian depan di dalam
shalat.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah)
dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya bershalawat kepada
(orang - orang) yang berada pada
shaf - shaf terdepan" (hadits ini
dishahihkan oleh Syaikh Al Albani
dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang
menyambung shaf (tidak membiarkan
sebuah kekosongan di dalm shaf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah,
Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al
Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra.,
bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para
malaikat selalu bershalawat kepada
orang - orang yang menyambung shaf
- shaf" (hadits ini dishahihkan
oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih
At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan
'Amin' ketika seorang Imam selesai
membaca Al Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu
Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW
bersabda, "Jika seorang Imam
membaca 'ghairil maghdhuubi
'alaihim waladh dhaalinn', maka
ucapkanlah oleh kalian 'aamiin',
karena barangsiapa ucapannya itu
bertepatan dengan ucapan malaikat,
maka ia akan diampuni dosanya yang
masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)


6. Orang yang duduk di
tempat shalatnya setelah melakukan
shalat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu
Hurairah, bahwa Rasulullah SAW
bersabda, " Para malaikat akan
selalu bershalawat kepada salah
satu diantara kalian selama ia ada
di dalam tempat shalat dimana ia
melakukan shalat, selama ia belum
batal wudhunya, (para malaikat)
berkata, 'Ya Allah ampunilah dan
sayangilah ia'" (Al Musnad no.
8106, Syaikh Ahmad Syakir
menshahihkan hadits ini)

7. Orang - orang yang
melakukan shalat shubuh dan 'ashar
secara berjama'ah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu
Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW
bersabda, " Para malaikat berkumpul
pada saat shalat shubuh lalu para
malaikat ( yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah
bertugas malam hari hingga shubuh)
naik (ke langit), dan malaikat pada
siang hari tetap tinggal. Kemudian
mereka berkumpul lagi pada waktu
shalat 'ashar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga
shalat 'ashar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas
pada malam hari tetap tinggal, lalu
Allah bertanya kepada mereka,
'Bagaimana kalian meninggalkan
hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami
datang sedangkan mereka sedang
melakukan shalat dan kami
tinggalkan mereka sedangkan mereka
sedang melakukan shalat, maka
ampunilah mereka pada hari kiamat'"
(Al Musnad no. 9140, hadits ini
dishahihkan oleh Syaikh Ahmad
Syakir)

8. Orang yang mendoakan
saudaranya tanpa sepengetahuan
orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari
Ummud Darda' ra., bahwasannya
Rasulullah SAW bersabda, "Doa
seorang muslim untuk saudaranya
yang dilakukan tanpa sepengetahuan
orang yang didoakannya adalah doa
yang akan dikabulkan. Pada
kepalanya ada seorang malaikat yang
menjadi wakil baginya, setiap kali
dia berdoa untuk saudaranya dengan
sebuah kebaikan, maka malaikat
tersebut berkata 'aamiin dan
engkaupun mendapatkan apa yang ia
dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)


9. Orang - orang yang
berinfak.

Imam Bukhari dan Imam Muslim
meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak satu hari pun dimana pagi
harinya seorang hamba ada padanya
kecuali 2 malaikat turun kepadanya,
salah satu diantara keduanya
berkata, 'Ya Allah, berikanlah
ganti bagi orang yang berinfak'.
Dan lainnya berkata, 'Ya Allah,
hancurkanlah harta orang yang
pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442
dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath
Thabrani, meriwayaatkan dari
Abdullah bin Umar ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya bershalawat kepada
orang - orang yang makan sahur"
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh
Al Albani dalam Shahih At Targhiib
wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk
orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali
bin Abi Thalib ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah
seorang mukmin menjenguk saudaranya
kecuali Allah akan mengutus 70.000
malaikat untuknya yang akan
bershalawat kepadanya di waktu
siang kapan saja hingga sore dan di
waktu malam kapan saja hingga
shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh
Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya
shahih")
12. Seseorang yang
mengajarkan kebaikan kepada orang
lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi
dari Abu Umamah Al Bahily ra.,
bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Keutamaan seorang alim atas
seorang ahli ibadah bagaikan
keutamaanku atas seorang yang
paling rendah diantara kalian.
Sesungguhnya penghuni langit dan
bumi, bahkan semut yang di dalam
lubangnya dan bahkan ikan, semuanya
bershalawat kepada orang yang
mengajarkan kebaikan kepada orang
lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Kitab Shahih At
Tirmidzi II/343)


WALLAHUALAM

Fiqh Wanita-satu perkongsian info

Sekadar menyebarkan ilmu..mungkin dapat menambah sedikit ilmu, insyaAllah.
Kalau silap mohon teguran.


UNTUK PENGETAHUAN BAGI KAUM WANITA. PADA KAUM LELAKI..HARAP DAPAT
DISEBARKAN ILMU INI KEPADA ISTERI, ANAK², SAUDARA DAN RAKAN² WANITA LAIN

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri w ani ta itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan w ani ta Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam
;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan :
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu
qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak
mula-mula 'bergelar w ani ta' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...
Sebenarnya TAK SEBE G ITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan
solat
mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al- G hazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TI G A :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YAN G KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YAN G BERKAITAN DEN G AN HAID :
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan
asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya k erin g sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap w ani ta Islam"
(Imam Al- G hazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari k erin gnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian w ani ta itu sendiri (dari melihat haidnya k erin g atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah k erin g dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya k erin g, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya k erin g masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya k erin g atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah k erin g dalam
waktu
maghrib lagi (sebab proses k erin gnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh,
hakikatnya proses peng erin gan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu
di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Friday, July 10, 2009

Saturday, July 4, 2009

Dahlia Khalisah binti Muhamad Khairi


Alhamdulillah.... Anak perempuan kedua aku telah selamat dilahirkan pada 30-06-09, 3:10 pm.
Semoga menjadi anak yg solehah.