Sunday, November 30, 2008

smkj Gathering

Salam to all my freind.
setelah segala perbincangan yang telah kita lakukan, satu keputusan yang boleh kita simpulkan adalah gathering akan di adakan pada 28 disember 2008. aktivity yang akan kita adakan adalah aktivitu BBQ. segala perbelanjaan akan disponser oleh exsmkj yang bermurah hati bagi menjayakan gathering kali ini. semoga kepada semua nama yang telah dilistkan pada posting sebelum ini dapat menghadirkan diri.

Wednesday, November 26, 2008

Pd - 25 Dec- 2005



~betapa org x ramai time tu~

Tuesday, November 18, 2008

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang umur daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannyayang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.

Wanita
1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kitalihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan ibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah - sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkankepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan ?
Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala
kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Tambahan..................


Begitulah sayangnya Allah kepada kaum wanita namun ketika Nabi Muhammad s.a.w Israq dan Mikraj...... dilihatnya begitu ramai penghuni neraka adalah kaum wanita dari kaum lelaki.......... renung renungkan juga... dimana silapnya...wallahhu'alam............

Tips Menangani Anak

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan
dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi
bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan
dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada
rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si
anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah
suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak
rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace
cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan
cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa
veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun
dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan
lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang
baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.


501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan
potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan
winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai
winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka
dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak
boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang
dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Monday, November 17, 2008

Hukum Isteri Meleteri Suami

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet...... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing. Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya de ngan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi mo de l yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan de mi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan de ngan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka de ngan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. " MENGHERDIK Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan de ngan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa. Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami de ngan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad. Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah. Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? " Fatimah amat sukacita men de ngarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya... Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf de ngan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya. Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman mo de n yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. " Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA. TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Pimpinlah Rumahtanggamu Ke arah Syurga

Paparan saya...Tafsiran anda...

Dengan Menyebut namaMU Ya-ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Syukur alhamdulilah di bumi yang penuh barakah ini dapat kembali kita semua
meneruskan kehidupan amanat yang ALLAH swt berikan pada kita sebagai
Khalifah di muka bumi ini. Moga kehidupan yang dilalui dapat dimanfaatkan
ke arah kebaikan dunia akhirat serta dipohon terhadap-Nya dijauhkan kita
sebagai Umat yang Lalai.. Insya-Allah..

Sahabat sahabiah yg dimuliakan,

Fahamilah, Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika
dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk
mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang
tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah
bulan serta kerdipan sang bintang.

Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang
dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti
mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga
tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata.

Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian
yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan
airmata dititis kerana dunia. Fahamilah, Tiada keindahan hidup ini jika
amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya.

Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan,
tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk
mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.

Sahabat Sahabiahku yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan
kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang
berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian.
Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan
ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba- hamba yang bertakwa.

Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan
terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Bertegaslah kamu dalam urusan
akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah
bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya
sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah
anak-anakmu.

Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang
menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar
setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman
adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan
kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur.

Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan
ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah
melambangkan kelemahan peribadimu. Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk
isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu.

Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira
jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling
dipercayai.

Sahabat &Sahabiah yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu.
Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya.

Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan
senjata kasih sayang.

Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda
umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah
dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah
keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu
atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka.

Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi
adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa
sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya
merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan
layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki
pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan
apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah
bakal ayah kepada anak-anakmu.

Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah
dia baik- baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya
dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan
kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia
melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang
memancar indah.

Doa utk para-para suami:

"Ya-Allah Kurniakan diriku Suami yang soleh, serta jadikan diriku anak
isteri yang soleha di pandangan mata kedua orang tua dan suami serta
anak-anak yang mendapat barakah dunia akhirat. Jadikanlah rumah tanggaku
rumah tangga yang mendapat keberkatan DUNIA AKHIRAT seperti yang engkau
kehendaki..

Amiin.

Semoga berbahagia ke akhir hayat..Insya-Allah...

Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."

Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu
pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.

MUKA DAN LEHER: "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
a) Bersolek (Make Up)
b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahiliyah"

DADA: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup
dada-dada mereka."

WANGIAN: "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."

Renung-renungkan dan selamat beramal....