Wednesday, April 29, 2009

8G PADA LELAKI YANG TIDAK DI SUKAI WANITA

1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal

(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Di Petik Dari: Petua Warisan

8C YANG DIBENCI SUAMI

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah…..

dari Dr Fadillah Kamsah

Wednesday, April 8, 2009

Malaikatmu.....tersentuh hati

Subject: Malaikatmu.....tersentuh hati.....

> Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
>
> Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok
> Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup
> disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
>
> Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
> menjaga dan mengasihimu ."
>
> Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
> lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi
> saya untuk berbahagia."
>
> "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
> akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
>
> "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada
saya
> jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara
> kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan
> dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara
> berbicara."
>
> "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
> "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
>
> "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
> melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
> mungkin akan mengancam jiwanya"
>
> "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
> "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
> bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan
> sentiasa disisimu"
>
> Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
> dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya
harus
> pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
>
> "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
>
> Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan
> cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada
galang
> gantinya dunia akhirat....
>
> Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
> karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah
> telapak kakimu...
>
>
> Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
> "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir
> kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
> ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
> Memiliki mu."



This email and any attached files ("Message") may contain confidential and/or privileged information. It is intended solely for the addressee(s). If you receive this Message in error, inform the sender by reply email, delete the Message and destroy any printed copy.
Any unauthorized use, distribution, or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Emails are susceptible to alteration. Neither Technip nor any of its affiliates shall be liable for the Message if altered or falsified nor shall they be liable for any damage caused by any virus that might be transmitted with this Message.