Renung-renungkan dan selamat beramal….yg belum berumahtangga tu,boleh ler
ambil sebagai panduan kearah "mencipta bahagia"….heheheee
Assalammu'alaikum warrahmatuhllahi Wabarakatuh..
Khas Buat Lelaki – Bagaimana menjadi suami pengasih.
Bukan mudah untuk melayarkan bahtera rumah tangga jika tidak ada
persefahaman dan sikap bertolak ansur di antara pasangan. Sekali
melafazkan ijab kabul, boleh dikatakan semua orang mahukan itulah yang
pertama dan itulah yang terakhir. Namun, sering kita dengar kasih sayang
antara pasangan semakin hari semakin pudar. Semakin banyak bebanan dan
semakin ramai anak, maka kasih sayang pun entah ke mana.
Jika anda seorang suami yang prihatin dan mahu mengekalkan kemesraan
dengan isteri anda, cubalah ikut nasihat di bawah. Sebagai suami, anda
perlulah bersimpati terhadap isteri. Kalau dia seorang suri rumah,
percayalah, tekanan perasaannya lebih hebat daripada isteri yang
bekerja. Walau pun tidak bekerja, seharian berada di rumah, menguruskan
rumah tangga yang tidak pernah habis, mendidik anak, menguruskan hal
anda, suami kesayangannya, dalam satu masa, cukup hebat
tanggungjawabnya.
Begitu juga dengan isteri yang bekerja, selain perlu bertanggungjawab
sebagai pekerja, peranan sebagai isteri, ibu dan pendidik perlu
dilangsaikan setelah berada di rumah. Mampukah anda sebagai suami
melakukan tugas seperti seorang isteri? Tepuk dada tanya selera...
Jika anda seorang suami yang prihatin dan penyayang, ada 10 nasihat
untuk memahami hubungan anda dengan isteri. Cubalah amalkan, anda pasti
berbangga dengan diri anda sendiri sedikit waktu nanti.
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri. Betapa
pun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang
tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri
namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan
seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya
dari wanita, namun selalunya ia merahsiakannya. Seandainya
hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan
amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana
setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam
rumah tangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi
'bos.' Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada
tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri. Peranan wanita sebagai
ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan dari keyakinan. Hanya
suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya.
Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah atau pun
ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada
pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan
bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia
menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu
dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat
seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab. Islam telah mengatur
tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan
mencari hafkah yang halal untuk keluarganya dan isteri pula
berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan
bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan
masa dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri. Kritikan bukan
satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan
namun biarlah dengan lemah lembut dan bertempat. Jangan sesudah
bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina
isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu mengkritik isteri akan meninggalkan kesan
negatif terhadap isterinya iaitu:-
5. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan
marah.
6. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat
daripada perasaan kecewa dan tekanan perasaan dan batin.
7. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang
keinginan untuk bersama.
8. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai,
isteri akan kehilangan identiti dirnya sendiri.
9. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan
anak-anak.
10. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia
inginkan penceraian.
11. Peka kepada sesuatu yang romantik. Suami seringkali kurang
memerhati atau peka keperluan yang tidak begitu penting seperti
ulang tahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,
hal sebegitu cukup penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan
perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang
mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu
yang tidak bererti pada lelaki namun, ianya amat bernilai pada
wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri
dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
12. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami. Setiap
isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama
suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari
suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan
masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan
kasih sayang.
13. Menjana perasaan tenang dalam kehidupan isteri. Suami yang
bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram
terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap
masalah rumah tangga dengan secepat mungkin. Berusahalah membantu
menyelesaikan masalah isteri.
14. Memahami gelora jiwa isteri. Wanita lebih mudah mengalami
perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat
menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti
dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing
hidupnya.
15. Membina kerjasama yang baik. Suami yang boleh diajak
berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu
mewujudkan keluarga bahagia.
16. Memenuhi keperluan peribadi. Tidak ada dua wanita di dunia
ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus.
Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahu pun
keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami keperluan
peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai
dengan kemampuan dirinya.
Wallahu'alam
~Sheekin Mokhtar~
.:Think Outside Of The Box~
No comments:
Post a Comment