Wednesday, February 25, 2009

Kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??

Kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??

Aku tak pasti


sama ada kamu alert atau tidak mengenai hal ini. Jadi aku terasa nak
kongsi beberapa point di sini. Sebelum itu aku nak tanya kamu, biasa
dengar kan perkataan jenayah?


Jenayah mencuri? Merompak?


Pernah dengar tak jenayah perang dan jenayah kemanusiaan?


(Embedded image moved to file: pic03434.gif)

Tengok gambar atas neh. Aku tak pasti sama ada perang ni dah jadi satu
yang memang jenayah atau tidak lagi. Bukan pe, kalau jenayah, mesti dah
lama semua yang mulakan perang tuh masuk penjara. Betul?


Kamu pernah dengar perkataan Palestine tak? Kamu ade pernah dengar tak
kita ni kena pertahankan Palestine ? Eh apsal kena sebuk-sebuk pasal
negara orang kan ?


Untuk yang belum biasa dan tak faham dengan phrase "pertahankan al
aqsa", mari kongsi fakta dulu sebelum aku bagi point, kalau tak kang
sia-sia je kamu baca point aku tanpa faham basic.


Meh sini duk rapat-rapat sikit dengan skrin monitor supaya kamu dapat
baca sebab kenapa kita kena ambil tahu dan pertahankan Palestin serta
Masjid Al-Aqsa. Tengok gambar dulu bagi faham.


(Embedded image moved to file: pic16549.jpg)

Kubah kuning itu kubah as-sakhra dan kubah hijau dalam petak oren itu
namanya masjid qibli. Kawasan petak hijau itu adalah tembok, semuanya
adalah kawasan masjid al aqsa (haram al sharif). Aku saje bg 2 gambar
yang
sama, supaya nampak jelas.

ok, kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??


-> Sebab Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Secara
analoginya, kalau Masjidil Haram kena serang dan orang-orang sekitar
mati dibunuh dengan kejam, kau marah tak?


-> Cuba bukak Al-Qur'an suratul isra' ayat 1 . Kat situ ada sebut nama
Masjidil Aqsa kan ? Ada dalam Qur'an sebut nama masjid kat kampung kamu?
Tu maknanya memang sangat penting masjid Al Aqsa ni, juga sebagai masjid
ke3 paling suci buat semua umat Islam sampai Allah sebut dalam Qur'an, .
Tapi taklah bermakna masjid kat kampung kamu tak penting, ok?


-> Sebab seterusnya aku bagi dalam bentuk lagu, ok? Klik sini dengar
-> lagu
ni betul-betul. Cekgu kitorang dan Muadz terlibat ngan lagu ni :D aku
meremang tiap kali dengar lagu nih, seram dowh


-> Dulu kau sekolah ada belajar kan nabi berniaga ke Syam? Kalau kau
-> ingat
lagilah. Ok, Syam skang dah tukar nama jadi Al Quds sejak Islam
memerintah kat sana , ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain Al Quds
adalah Baitul Maqdis. Secara matematik nya, Syam = Al Quds = Baitul
Maqdis. Aku rasa buku teks kat sekolah kena terang pasal nilah. Hisy.


Akhir zaman nanti, Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam,
dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.


Sabda Nabi, "Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah
(kerana diserang wabak)", hingga akhir hadith, kamu carilah.
Diriwayatkan oleh Nuaim b Hammad, salah seorang syeikh kepada Imam
Bukhari.


Kota ini kota suci kita teman, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah
kota suci mereka. Mereka berjuang untuk dapatkan tanah ini, tapi kita
masih blur blur lagi, langsung tak buat ape-ape. Aku pun tak faham..


Teman, aku kira kamu dah dapat basic. Kalau rasa sampai sini dah cukup
banyak , sila datang semula untuk baca sambungannya. Aku nak mulakan
point nih. Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin. Yang
lama-lama tuh kau cari sendiri memandangkan skang kau dah ada basic nye.
Faham?


1. situasi kini - serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel
bermula awal tahun hijrah & awl tahun masihi . Serangan berterusan tanpa
ada tanda-tanda nak stop. Gila.


2. setakat yang aku tahu, 8 00 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh
kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari
tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?


(Embedded image moved to file: pic07441.gif)

3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan
keselamatan, bohong semua neh. Mereka menyerang sebab ada serangan roket
oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi
dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh
gencatan senjata sedang berkuat kuasa.


4.. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza
untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel , dan ramai yang mati
kerana itu..


5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama
digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan.
Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan
kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia
untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.


6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang
sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya.
Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza
walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di
bom tentera Israel.


7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal
jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab
dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas
kasihan ke?!
Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin.
Gila.


(Embedded image moved to file: pic09512.gif)

8. Jangan terpengaruh dengan media, jangan terpengaruh dengan kata-kata
pemimpin US , Mesir dan Israel . Hakikatnya Israel telah menutup
sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api,
bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan
penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di
mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan
kehidupan.


9. Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi
Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat
Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima
rawatan.
Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk
memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila
bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji'
untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap
membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel
Aviv/USA?


10. Aku benci dengan OIC. Memang owh I seeee..yelah tengok je tanpa buat
apa-apa yang drastik sebagai negara-negara Islam. Ape, takut kena serang
dengan Israel jugak?? Teman, kalau kamu lupa sejarah tingkatan 5, meh
aku ingatkan, penubuhan OIC adalah untuk Palestin, untuk Palestin. Tapi
mananya, habuk pun takda!


11. Teman, pertembungan ini adalah di antara umat Islam seluruh dunia
dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa
yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman
& pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam
peradaban manusia masakini. Jenayah!!


Meh aku bagi kamu baca sikit petikan dari ucapan wakil HAMAS waktu
mereka datang ke Malaysia dulu. HAMAS ni adalah kira macam kerajaan yang
memerintah Palestin. Walaupun Palestin langsung tak diiktiraf sebagai
sebuah negara. Owh cuba check peta tengok.


"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk
berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat
Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa,
harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan
Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili
umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada
al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.
Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai
impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. "


Teman, mereka dah lama jadi wakil bagi kita. Dah lama sengsara, dah lama
berjihad bagi pihak kita! Tapi kita langsung tak ambil tahu tentang
mereka.
Langsung..


"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat
Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji
untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku
dan gigi sahaja. Itulah janji kami."


"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di
Malaysia . Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah
kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan
HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta
Islam di seluruh dunia.


Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini
siapakah lagi yang akan menyedarinya??? "


Teman, kalian dah sedar belum? Faham belum? Sepatutnya kita yang kena
pergi berjuang sekali, tapi diorang dah jadi wakil untuk kita! Tolong
tengok balik sebab-sebab yang aku tulis kat atas kenapa kita kena
pertahankan Al-Aqsa.


"Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan
kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat."


Mereka nak pergi exam, tapi kita kat sini taknak belajar. Sia-siakan
peluang yang diberi. Dimanjakan dengan kemewahan dan keamanan negara.
Kamu tak bersyukur teman!!


"Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami.
Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat
Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di
seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak
bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam,
apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara
kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"


Dimana kamu teman...dimana negara-negara Islam..bukankah kita semua yang
beragama Islam adalah bersaudara? Atau kamu lupa itu teman??


"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan
menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin,
rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan
kosong.
Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa
rawatan.
Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat
kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"


"Umat Islam di Malaysia sekelian,


Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan
sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus
memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan
sokongan dan bantuan anda."


"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan
hanya menyaksikan sahaja , nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut
dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap
kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."


"Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi
pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu."


Ke mana perginya OIC..kemana OIC..mana hilangnya objektif penubuhan
OIC..mana..mana..


"Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk
pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup
untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari
kalian.
Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian
rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama
kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia,
darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi
Allah."


"Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di
dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami taba h di dalam
perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami.
Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita
dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di
mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan
berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini..."


Apa yang perlu kita buat???


Ada TIGA benda yang kita boleh buat.


1. DOA


Dah jadi fardhu 'ain untuk kita berdoa buat saudara kita di Palestin dan
negara-negara Islam lain. Dalam solat tuh, masuk sket ruang doa buat
mereka. Tolonglah..boleh kan ? Skang ni jom sama-sama baca doa kat bawah
ni.


"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make
their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their
feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the
Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy
their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies)
feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect
them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the
best listener..ameen ameen"


2. WANG


Teman ku sayang, tak perlu berjuta pun. Tiket wayang boleh beli, takkan
RM5 pun takleh bagi? RM10 kamu pun macam air je skarang neh. Tak payah
jumpa sesapa nak bagi sumbangan, senang je, boleh bank in kan . Kalau
lokek sangat, nak bagi RM1 pun takpelah, kumpul-kumpul dengan
teman-teman kamu lepas tu bank in kan .


Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

3. SOKONGAN


Part ni general sangat. Boleh bahagi banyak.


a) Hey kamu semua yang membaca entry ni dan yang ada blog. Kamu boleh
menulis macam-macam kat blog kamu pasal tahun barulah, pergi makan lah
dan apa segala. Takpe, tak salah pun, cuma aku rasa boleh kot
sambil-sambil tuh kamu tulis pasal Palestin neh. Boleh kan ? Tak susah
kan ? Tulis sikit je.
Sebab aku tahu blog kamu ramai pembaca, komen berjela-jela.


Beruntunglah kamu jika kamu ramai pembaca dan kamu menulis mengenai
Palestin! Sebarkanlah berita dan pengetahuan ini. Aku menulis di atas
nih daripada basic, sebab aku rasa cam sia-sia kot aku menulis kalau
yang membaca tatau hape lagi pasal Palestin. Sekurangnya faham idea, dan
faham kenapa.


Boleh ye teman tulis pasal ni kat blog kamu? Tak lokek kan ?


b) Bagi sokongan kalau ada yang sedang berkempen pasal Palestin.


c) Sambil-sambil sembang ngan member-member tuh, silalah bercakap sket
pasal ni. Pandai-pandai kamulah nak cakap macam mana. Announce sekejap
kat depan kelas pun okay sementara nak tunggu kelas mula. Announce kat
ofis ke.
Pandai-pandai la.


Teman, dah berjela aku menulis, kalian dah faham belum hal sebenar?
Kalian dah sedar belum dari lena? Aku mengumpul kekuatan untuk menaip
entry yang sebegini, sebab airmata aku takkan dapat aku tahan. Selama 4
tahun aku blogging, ini baru kali ke2 aku menulis isu Palestin. Sebab
aku memang tak mampu nak menulis, tapi kena tulis jugak ah! Yang pertama
ada di sini .


Aku sangat harap kerajaan Malaysia buat sesuatu. Dan aku tak rasa
penyokong kuat Israel wajar di back up setelah dibaling kasut biarpun
dia ketua kerajaan sekalipun. Malah dia deserved lebih dari tu lagi! Isu
Palestin ni patut jadi bahan perbincnagan di Parlimen.
Sekurang-kurangnya zaman Tun Dr Mahathir dulu, beliau lantang suarakan
hal ni.. Waktu tu Malaysia banyak menyumbang, namun aku harap tindakan
lebih drastik dilakukan memandangkan ade spesifik OIC tuh.


OIC dengan NAM harapnya jadi agresif ah, drastik. Ada kuasa kan , guna
lah.
Jangan buat tindakan sama macam kami rakyat yang takde kuasa nih. Kalau
macam tu, sama je kalau takda pertubuhan pun. Aku kesal gila November
lepas bila Parlimen Malaysia menolak untuk bincangkan usul mengenai
tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin
dengan alasan usul itu tak perlu disegerakan. Owh my...


Aku fikir, daripada korang duk kutuk-kutuk blog yang macam Adibah sume
tuh, lebih baik kalau korang kutuk Israel laknatullah tuh. Lagi
bermakna.


Usaha korang nak habiskan baca entry ni, aku kira jihad jugak ah.
Alhamdulillah. Lepas ni bolehla ye mula dengan TIGA perkara tadi.
Tolonglah ye, aku rayu gila-gila nih. Tolonglah Tolonglah..


Dipetik dari:


http://nurilahi . blogspot. com/

(See attached file: pic03434.gif)(See attached file: pic16549.jpg)(See
attached file: pic07441.gif)(See attached file: pic09512.gif)

Monday, February 23, 2009

Jualan 20% terima kasih ye....!!!


Terima Kasih di atas sokongan semua...
kami mmg dh tak sanggup nak teruskan kedai atas sbb hasad dengki sesama Melayu...
sepatutnya org melayu tolong org melayu.....
ini..makin tolong nak melingkupkan kan ada....
klo kitorg maikn hari makin sesak, ada ke pihak atasan yg tolong ringankan kesusahan org 'bwhan' nye ni..???
nak membesarkan poket sendiri lagi ada laa.....
MAKAN LA KENYANG2......
sesungguhnya Do'a orang2 yg teraniaya tu Allah dengar and makbulkan....

Thursday, February 19, 2009

TARBIYYAH RUHIYYAH TANGISAN KERANA TAKUT KEPADA ALLAH ? SATU PENILAIAN TERHADAP PERSOALAN HATI

Sekadar renungan....


Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya. Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.

Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.

Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu daripada kita, malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati tersebut dapat dilunak dan dijinakkan melalui hubungan dengan Allah SWT.

Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah SWT.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w ada memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud : Wahai Ali, jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama’ (menadah kitab, maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar.

Jelas daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunujukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama’ untuk belajar daripada mereka, maka dia akan ditimpakan dua perkara, hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah malah berani pula melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, membunuh, meragut, memfitnah Islam, membenci ulama’, menderhaka kepada kedua ibu bapa, melanggar perintah Allah, menghina hukum-hukum Islam, meletupkan mangsa yang dibunuh dan banyak lagi yang dianggapa sebagai jenayah di sisi Allah SWT.

Saturday, February 14, 2009

Lagi.. persandingan Jazid n Mawar

Assalammualaikum,

Maaf ler sebab agak lewat masukkan gambar2 yang ina ambil.. ina ni memang amatur jurugambar jek memang tak reti.. so sorry kalau gambar kurang memuaskan..

Ada beberapa video yang sempa ina ambil...





Saper yang tak berkesempatan tu ni lah gambar dorang naik pelamin..

Pengantin tiba lebih kurang jam dua petang..