Friday, November 23, 2007

msg from EX-SMKJ

Dear all my freinds.
aku baru dapat email dari zaheril. kalau tak salah aku abg kepada norzalinda... aku attach kan kat sini untuk dikongsikan bersama....

blog dia: http://zaheril.googlepages.com

Salam,

apparently i got your e-mail through the search on the internet... i managed to found one website which is had blogger namely KejoraSMKJ if i'm not mistaken... i through that site & suddenly your name appeared because you are the one who manage that site... anyway thanks for phone number of Zikri... i'll try to contact him by that number... if there any problem i'll inform u later... i've one suggestion regarding site that u used to managed... why dont if u invite more ex-student from SMKJ... it might be better rather than focus only some kind of group because its showed the element of isolation... please correct me if i'm wrong... since we are the Muslims, i think it might be sound good if you invite more participants to that group... maybe we are able to discuss or listen several opinion from different mentality... the most important thing is that solidarity among the Muslims in globalising world... thank again... take good care & work smart... keep in touch, will u...Kind regards,
Z.Zaheril

Wednesday, October 31, 2007

Share Gambar Raya





Tahun nie aku pun beraya kat kg wife aku kat langgar, alor star kedah. hari khamis malam aku dah berangkat dari beranang ke alor star. malam tu keadaan lalulitas memang tak menyeronokan. trafic jam dari higway rawang sampai ke bukit gantang. biasa perjalanan dari beranang ke alor star dalam 6 ke 7 jam je, malam tu aku berangkat jam 12 malam sampai kat sana dalam 10 pagi. dekat sepuluh jam jugak kat jalan raya. sampai je kat sana aku tergolek sampai ke petanglah. hari pertama beraya kat sana aku g ke dewan wisma persekutuan, biasanya g istana anak bukit kalau raya pertama kat sana, disebabkan istana tu tengah renovate so ganti kat dewan jer. sempat jugak aku jumpa ngan sultan kedah...heheheh... malam raya kedua aku g istana kuning pulak.ada gathering kerabat diraja kedah. aku pun dah jadi ahli kerabat diraja kedah sekarang... hahaha... aku beraya kat sana sampai raya ke-5. aku g sungai petani g rumah saudara mara wife aku. penat jugak... onthe way nak balik beranang tu aku beraya kat rumah kekawan wife aku kat kepala batas pulau pinang. dalam perjalanan balik tu aku kena demam panas. badan aku panas tapi aku rasa sejuk, tekak aku pun tak berapa selasa sampai nak termuntah. aku tak larat nak drive masa tu. nasib baik wife aku boleh drive, aku minta tolong dia drive sampai taiping rumah member dia jugak. dari taiping aku g ke kuala kangsa pulak beraya umah saudara wife aku. masa tu dah kul 10 malam. sampai kat rumah nak dekat kul 2.00 pagi. perjalanan yang amat memenatkan. sampai kat beranang aku tak g mana2 pun. geng beraya biasa khairi dah balik ke johor pulak. tahun ni, tak satu buah rumah bebudak kejora pun aku g. so last sunday aku buat open haouse untuk bebudak kejora datang ke rumah aku... hanya zack and wife dia je datang. tapi masa tu aku pun takdek kat rumah. aku g kajang antor saudara aku dan ke cheras antor pak saudara aku. ... raya tahun ni aku rasa lain betul. biasa beraya ngan member2 seperjuangan... tapi tahun ni tak sorang pun... tak best pulak rasanya...
kepada kawan2 semua... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Shikin n Suhaimi Wedding















Gadis jelita kat dalam cermin tu adalah Shikin. Pengantin lelaki bernama Suhaimi berasal dari Kg. Sesapan Batu Minangkabau. Perkahwinan yang dilangsungkan penuh dengan adat istiadat menyemarakkan lagi semangat kedua-dua mempelai untuk berkongsi hidup. Pengantin lelaki diapit oleh jejaka tinggi lampai dan penganti perempuan pula diapit oleh si dara yang cantik dan comel.

Sunday, October 28, 2007

Share Gambar Raya



Tahun ni aku beraya kat rumah mertua aku kat Kg Sarang Buaya, Parit Latif, Semerah, B. Pahat. Cuti raya yg singkat, dan tak dapat beraya kat rumah member2 Beranang mengurangkan kemeriahan suasana Hari Raya aku tahun ni. Biasanya kalau kat Beranang, Aku, Inas, Amie, Zack akan start beraya ke rumah sesama sendiri dan lepas tu member2 lain, tapi tahun ni Inas beraya kat Kedah lama sangat & zack pun dah tak sempat nak join beraya sebab dia pun baru tahun pertama raya berdua. Amie pulak bila call raya ke-3 dah start keje. Walaupun tak bersua, aku yakin ikatan persahabatan antara kita semua tetap kukuh. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Di hari yang mulia ini, aku menyusun sepuluh jari, mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada kawan2 semua atas segala kesalahan,
terkasar bahasa,
ter silap bicara,
tertanya tak tentu hala,
termarah yang tak kena,
tersasul yang tak sengaja,
terpukul kat mana-mana, terpekik kat telinga,
terpinjam harta-benda,
termoody tak semena-mena,
terumpat bila-bila,
termacam-macam lagi yang tak kena.

Semoga dimaafkan.....



Ikhlas dari,
Muhamad Khairi Baharudin
Siti Fatimah Khamis
Damia Syakirah Muhamad Khairi

Monday, October 8, 2007

Monday, September 24, 2007

Remy's Family


INi lah dia gambar remy yang terbaru. sorilah mie. aku tak perasan ko dah antar gambar ke email aku.Dulu remy ni dikenali sebagai amie ataupun dulu2 masa cikgu zaman cikgu kahar panggil dia nie antarabangsa. aku pun tak tahu mcam mana cikgu kahar boleh panggil dia ni antarabangsa. remy boleh citer sikit kot macam mana dia boleh dapat nama tu.Dulu keje kat airasia sekang keje kat bank. betul tak mie. aku pun tak ingat bank mana si remy ni keje. nanti ko boleh lah g tahu kat kitorang.manalah tahu kitorang nak buat pinjaman ker. boleh lah aku jumpe ko mie. istri ami ni nama dia nojie. aku tak ingatlah nama penuh istri ko mie.. sori lah mei yer... skang remy sudah ada cahaya mata bernama Nur Najla Insyirah. lahir pada 090905 lahir di hospital seremban dah umurnye 2 tahun. aku dengar mcm dah ada adik dia. betul ker mie? terlanjur aku upload gambar amie kat sini. tahun ni kat mana kita nak sambut berbuka dan beraya. macam takdek respond je nak berbuka bersama2 nie.

Sunday, August 26, 2007

Amirah Nabilah Husna binti Suhaimi




Anak Shikin.
sekarang dah berumur 5 bulan.

Thursday, August 16, 2007

Sunday, July 29, 2007

Khairunnas & Sharifah Norhaizie wedding day


Gambar yang aku attach kat dalam blog ni masa majlis kat beranang hari tu 17 March 2006. aku tak berapa ingat sangat siapa yang datang masa tu tp tak ramai sgt aku rasa. khairi. remy zack dan budak pempuan liza ngan mawar kot. aku tak ingat lah. alhamdulillah semua berjalan ngan lancarnya. skang aku pun dah ada anak sorang. ada gambornye aku letak kat bawah tu. kepada kekawang yang tak kawin tu... cecepatlah kawin ye kalau dah ada calon tu. umur bertambah jugak. member lain dah masuk anak 3 ke 4 tak kan kita tgk je.. hehehe.. aku cakap ni pun sebab aku dah kawin... so jgn marahlah yer kpd kekawan bujang yang lain tu. coming soon dalam tahun ni ada kawan kita yg akan melangsungkan perkawinan dia.. kepada dia aku ucapkan selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke hujung hayat.majlis perkawinan aku kat kedah bulan March 8 haribulan. Masa kat kedah tu, khairi yang ikut aku. yang lain dah selamat lupa kawan yang belum selamat. ni yang aku nak protes ni... hehehe...

Saturday, June 30, 2007

Norzaliza & Mohd Fazdlee Weding Day

nas ---->Hari ni aku baru dapat email dari liza dan dia attach sekali gambar persandingan dia ngan ali. Walaupun selalu menafikan hubungan inteam antara ali ngan dia.. akhirnya.. hehehhe... dah jadi suami istri. memang lama bercinte deme berdua ni. siap bagi surat cinter lagi. aku ingat lagi cikgu nikmat pangil aku pasal surat cintaa ali nak bagi kat liza. selit dalam kamus dewan yang tebal tu. cikgu nikmat ingat aku punye surat... sekali surat ali...
whatever pun.. alhamdulillah skang dah kawin kita doakan semoga berbahagia selalu dikurniakan cahaya mata yang menyejukan hati... terlanjur bicara nak tanya.. dah ada isi ker liza???? kalau dah ada kita doakan juga semoga selamat semuanye... kat sini liza ada tulis skit...

liza---> Dengan perasaan berdebar debar,hari yg di tunggu tunggu selama ini telah tiba..Liza selamat di ijab kabulkan pada hari Sabtu 23/12/2006 selepas Isyak dan majlis persandingan berlangsung pada ke esokkan harinya Ahad 24/12/2006…

Dengan cuaca yg baik,majlis berlangsung dgn jayanya..Ramai juga teman teman sekolah yg datang seperti..Salleh,Ajied,Shikin & suami,Normah sekeluarga,Mawar,Inas & isteri dan tidak lupa juga kepada member member dari kelas 5 Baiduri.. Terima kasih kepada semua yg hadir pada hari persandingan Liza ... “



Mohd Khairi & Siti Fatimah Wedding Day


Saat yg paling mendebarkan dalam hidup aku... :) Dengan sekali lafaz, aku telah disahkan menjadi suami orang. korang kenal tak saksi yg berambut perang kat belakang aku tu? kalau tak kenal takpe. Tapi yg lagi best malam tu aku ibarat kena rasuk rasa macam nak mengamuk kat kumpulan kuda kepang kat laman rumah tapi aku telah ditenteramkan oleh ami & inas. pengalaman yang tak dapat aku lupakan.
Siang esoknya aku disambut oleh kumpulan barongan. Paling seronok masa 'makan berdamai'. aku memang tgh kebulur masa tu. kena pulak masakannya sedap, apa lagi tanpa segan silunye aku melantak. memang best masa kahwin, rasa macam nak kawin lagi je...

Friday, June 29, 2007

Mohd Zariman & Ita Wedding Day


aku tak berapa ingat man ni kawin tahun berapa. aku rasa dalam tahun 2006 kot yer. kalau salah tolong g tahu kat aku. Banyak jugak gambar dia tp aku masukan sikit je lah yer. kalau nak masuk semua kena buat blg sendirilah yer.. heheh... aku nak tanya ni...masa liza kawin hari tu siapa yang gi kerumah dia. ada amik gambar tak masa kawin dia. kalau ada bagi kat aku. aku nak letak dalam ni... atau pun liza email lah kat nas. nas nak letak dalam ni. Berbalik citer man kawin ni, ramai jugak yang datang. antaranya aku, zack, khairi ajid dan asmanizam. yang pempuan liza, normah dan shikin. ni jelah bebudak kejora yang bagus.heheh... sebab sudi datang kan... masa aku kawin hari tu siapa yang datang yer. aku rasa mcm tak ramai jer.. apalah korang ni... takpe.. nanti masa zack kawin kita semua kena datang.... tu pun kalau zack jemput kita datang lah.. kalau tak jemput... kita datang juga...hahhaha... aku letak kan juga gambar jery( aku tak ingat pulak nama mamat ni)

Sunday, June 10, 2007

tanjung karang






aku ngan khairi semalam g tanjung karang g tangkap belut. aku tgk tak dek respond pun untuk nak main bowling, so apa lagi aku ajak khairi tanjung karang tangkap belut. Aku dapat jugak sekor belut. tp anak dia lah. gambar yg kat sebelah tu bapok belut yg pakcik aku yang tangkap. khairi datang skadar jadi reporter jer, tukang tangkap gambor. ni jelah aktiviti bersama budak kejora...



Ok dah terlanjur citer pasal belut ni. aku meng"google" cerita pasal belut ni. aku rasa aku nak bagi kat remy belut ni. bagi menambah kesihatan dan kekuatan dia. boleh lah dia kunyah ngan gambir sarawak yang dia pesan kat basir...






Tahukah Anda, beLut memiLiki banyak khasiat jika kita rajin mengkonsumsinya. BeLut sangat bermanfaat bagi kesehatan, seLain mampu menguatkan daya tahan tubuh, juga menormaLkan tekanan darah, menghaLuskan kuLit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingat, dan membantu mencegah hepatitis. Secara khusus, kepaLa beLut jantan diyakini sebagian orang membantu meningkatkan hormon vitaLitas lelaki dan menghiLangkan sengal2 pada pinggang









Friday, June 8, 2007

Reunion at PD 2


Ni gambar2 masa kita kat PD hari tu. rasanya 3 tahun lepas kita buat kat PD tu. perancangan dah canteek masa tu. cumanye memasing yang tak datang tu ada komitmen dan takdek transport nak g kesana. aku tgk dalam undi untuk 2nd reunion kita skang ni 50-5o nak ke PD ngan Danga bay. aku rasa yang danga bay tu undi dari org johor. takpe. nanti kita plan baaikk punye kita g lah reunion kat pulau2 ke atau kita buat kat resort yang menarik. kita buat 2 hari satu malam ker. boleh lah bawak anak bini sekali.







Asmanizam & Ina Wedding

Azam yang yg pertama berkawin antara bebudak kejora ni. skang dah ada 3 orang anak. so memana kawan2 yang tak kawin tu... pk2kan lah untuk menamatkan zaman bujang anda.heheh.. aku nak ingatkan kat kekawang semua umor korang semua dah masuk 28 tahun... nak masuk 30 dah tu. so mana2 yang tak kawin tu kalau tak jumpe lagi jodoh... try2lah tanya kat member kat kejora ni .. mana lah tahu boleh rekemen ker hahahaha... yang kali ni ada gambar liza. masa kat gathering pertama tu ngan raya kat rumah normah gambar dia takdek..

Thursday, June 7, 2007

1st Gathering




semalam aku g rumah zack g amik gambar ni. aku dah lama minta kat dia gambar2 masa kita buat gathering dulu tp ada masalah pulak ngan komputer dia, so semalam baru dapat gambar2 ni. akan menyusul gambar2 yang lain. kalau korang ingat lagi semua gambar ni rasanye reunion yg pertama kita buat kat ... aku lupa lah pulak. masa tu kita main bowling. semua bebudak kejora datang kecuali saleh, zaihasrin, juneinie dan rosemawti. time ni pun cikgu azizah ngan kawan dia datang sekali. penatlah nak perah otak untuk tulis pasal gambor ni. so korang tgk jelah gambr2 kat sini tampa ulasan yang panjang dari aku...






Monday, May 28, 2007

Reunion at PD



Dah lama kita tak buat re union. Aku Rasa yang kat pd yang last kita buatkan. Gambar ni khairi yang mail kat aku. kalau ada gambar yang lain letaklah dalam ni. rasanye shikin hari tu ada buat potong rambut anak dia. ko send kat aku gambar majlis tu shikin, aku akan letak kat ni