Wednesday, February 27, 2008

Tahukah Anda

Bagi yg nak keluar mengundi nanti, ni aku nak kongsi fakta je bukan nak suruh undi PAS ye. Jgn salah anggap pulak. Kawan2 nak undi mana nanti itu hak masing2.

Beranang terletak di dalam kawasan Parlimen P101 Hulu Langat. P101 Hulu Langat merangkumi 3 DUN (Dewan Undangan Negeri) iaitu N23 Dusun Tua, N24 Semenyih dan N25 Kajang. Jumlah Pengundi berdaftar di P101 Hulu Langat adalah seramai 90,319 orang (52.68% Melayu, 36.15% Cina, 10.55% India dan 0.83% Lain2)

Pada pilihanraya 2004, Calon BN Datuk Markiman Kobiran telah memenanginya dengan majoriti sebanyak 22777 undi. Pada tahun ini Datuk Markiman Kobiran sekali lagi akan ditentang oleh calon PAS Dr. Che Rosli Che Mat.

Jadi, marilah nanti kita keluar beramai2 pada 8 Mac nanti untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia.


p/s: Jangan lupa bawa kat pengenalan...

Monday, February 25, 2008

ISTIDRAJ

article ni aku ambik dari email liza. Dah pernah publish kat sini cuma aku nak kongsi balik mana tau masa tu ada yg belum sempat baca.

ISTIDRAJ
Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihatseseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murahrezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu .Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amatbermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadibaik.Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya diatelah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.
Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kitaakan terus berdoa dan mengingati Ilahi.
Sebenarnya Allah amat rindukansuara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.
Kalau sekali berdoa terus dapat,kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utkbersyukur pd yg Esa.Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant andinteresting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drptimbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itutidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w.bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmatkepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawaorang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan olehAt-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagiandi dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bilakita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun matijuga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,takburnya mereka.Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, NabiSulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumitunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusofdan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa danketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,diamerasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yangberamal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu bolehkaya macam aku, katanya sombong."Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuanuntuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allahmenghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan duasayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batuatau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadikelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin puntidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalusakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-matijuga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakarNabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah,akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalamlubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-samahartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguanyang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangberbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allahpada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuanuntuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan keretamewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orangbesar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikanuntuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahukekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kayayang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yangditerimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan dirikepada Allah.Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yangdiredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Friday, February 15, 2008

NEGARA KEBAJIKAN DALAM ISLAM

Bentuk Negara kebajikan ini telah dibuktikan oleh sejarah Islam. Keadaan ini boleh dilihat dalam pemerintahan Rasulullah SAW yang berjaya:

1. Menghapuskan penindasan sesame manusia di Madinah ketika itu.
2. Menghapuskan budaya riba, monopoli dalam perniagaan dan berbagai-bagai lagi.

Kebajikan itu telah menyebabkan ramai manusia ketika itu beriman dengan Allah SWT. Kejayaan itu semakin teserlah di zaman Pemerintahan Omar bin Al-Khattab. Antara tindakan beliau adalah,

1. Beliau telah menyenaraikan setiap kelahiran di dalam Negara Islam, tidak kira sama ada bayi lelaki atau bayi perempuan, anak orang kaya atau miskin. Setiap bayi yang dikenal pasti melalui senarai ini akan diperuntukan seratus Dirham (nilainya bersamaan sepuluh ekor kambing) dan dua Juraib makanan (sau Juraib boleh mengenyangkan 30 orang dewasa) pada setiap bulan. (kemelut kenaikan harga Minyak : kenapa tidak kembali kepada Islam? )

2. memberikan bantuan kewangan (bukan pinjaman) kepada mana-mana rakyat yang tidak bekerja disamping mencadangkan kerja kepada mereka. ianya diumpamakan “memberi pancing lebih baik dari memberi ikan”.

Perlaksanaannya kebajikan dalam negara Islam terbukti di zaman salaf soleh terdahulu. Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Min Fiqh Ad-Daulah fi AL-Islam” ada menukilkan satu kisah, iaitu kisah Gabenur Omar Abdul Aziz di Mesir, mengutuskan surat kepada Omar bin al-Khattab, mengadukan kepadanya tentang ramainya manusia memeluk Islam yang menyebabkan gugurnya kewajipan jizyah terhadap mereka. Zakat juga tidak wajib ke atas mereka melainkan setelah satu tahun daripada kemasukan mereka ke dalam Islam. Gabenor itu mahu kewajipan jizyah dikenakan kepada mereka demi menjaga kepentingan khazanah Negara dan memperolehi kemasukan harta.

Menerima surat tersebut, Saidina Omar bin Al-Khattab menjawab dengan sepotong kata-kata yang ringkas sebagai menggambarkan tentang risalah Negara Islam. Saidina Omar bin Al-Khattab berkata kepada Omar Abdul Aziz; “Semoga Allah memburukan pandangan kamu. Sesungguhnya Allah mengutuskan Muhammad sebagai pembawa hidayah, bukannya sebagai pemungut cukai” (Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam : m/s 48-49)

Melihat kepada isi surat itu, jelas kepada kita bahawa Negara Islam adalah Negara hidayah (memimpin manusia kepada Allah), bukan Negara jibayah (memungut cukai). Begitujuga, berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Islam ke lima, iaitu Umar bin Abdul Aziz, seorang Gabenor beliau dari Afrika telah mengutuskan surat yang menyatakan bahawa beliau tidak menemui seorang fakir pun untuk menerima zakat. Umar berkata : “Gunakan ia untuk membeli hamba lalu merdekakanlah hamba tersebut” (Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam : m.s 51) Inilah bentuk kerajaan Islam yang mementingkan kebajikan yang diajar oleh Islam.

Saturday, February 2, 2008

Mohd Zariman Mohd Zubir



Akhir2 ni aku terdengar khabar tentang Zariman. Amie kata Zariman ada call dia. Zariman sekarang duduk kat Bangi. Watie pulak kata ada jumpa Zariman kat Rinching dan masih tinggal kat pahang. Inas pulak kata Zariman sekarang tinggal kat Kesuma Lake. Yang mana satu betul ni? kalau Zariman ada tengok blog ni, can u write something. Kasi update sikit pasal kau....