Friday, February 15, 2008

NEGARA KEBAJIKAN DALAM ISLAM

Bentuk Negara kebajikan ini telah dibuktikan oleh sejarah Islam. Keadaan ini boleh dilihat dalam pemerintahan Rasulullah SAW yang berjaya:

1. Menghapuskan penindasan sesame manusia di Madinah ketika itu.
2. Menghapuskan budaya riba, monopoli dalam perniagaan dan berbagai-bagai lagi.

Kebajikan itu telah menyebabkan ramai manusia ketika itu beriman dengan Allah SWT. Kejayaan itu semakin teserlah di zaman Pemerintahan Omar bin Al-Khattab. Antara tindakan beliau adalah,

1. Beliau telah menyenaraikan setiap kelahiran di dalam Negara Islam, tidak kira sama ada bayi lelaki atau bayi perempuan, anak orang kaya atau miskin. Setiap bayi yang dikenal pasti melalui senarai ini akan diperuntukan seratus Dirham (nilainya bersamaan sepuluh ekor kambing) dan dua Juraib makanan (sau Juraib boleh mengenyangkan 30 orang dewasa) pada setiap bulan. (kemelut kenaikan harga Minyak : kenapa tidak kembali kepada Islam? )

2. memberikan bantuan kewangan (bukan pinjaman) kepada mana-mana rakyat yang tidak bekerja disamping mencadangkan kerja kepada mereka. ianya diumpamakan “memberi pancing lebih baik dari memberi ikan”.

Perlaksanaannya kebajikan dalam negara Islam terbukti di zaman salaf soleh terdahulu. Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Min Fiqh Ad-Daulah fi AL-Islam” ada menukilkan satu kisah, iaitu kisah Gabenur Omar Abdul Aziz di Mesir, mengutuskan surat kepada Omar bin al-Khattab, mengadukan kepadanya tentang ramainya manusia memeluk Islam yang menyebabkan gugurnya kewajipan jizyah terhadap mereka. Zakat juga tidak wajib ke atas mereka melainkan setelah satu tahun daripada kemasukan mereka ke dalam Islam. Gabenor itu mahu kewajipan jizyah dikenakan kepada mereka demi menjaga kepentingan khazanah Negara dan memperolehi kemasukan harta.

Menerima surat tersebut, Saidina Omar bin Al-Khattab menjawab dengan sepotong kata-kata yang ringkas sebagai menggambarkan tentang risalah Negara Islam. Saidina Omar bin Al-Khattab berkata kepada Omar Abdul Aziz; “Semoga Allah memburukan pandangan kamu. Sesungguhnya Allah mengutuskan Muhammad sebagai pembawa hidayah, bukannya sebagai pemungut cukai” (Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam : m/s 48-49)

Melihat kepada isi surat itu, jelas kepada kita bahawa Negara Islam adalah Negara hidayah (memimpin manusia kepada Allah), bukan Negara jibayah (memungut cukai). Begitujuga, berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Islam ke lima, iaitu Umar bin Abdul Aziz, seorang Gabenor beliau dari Afrika telah mengutuskan surat yang menyatakan bahawa beliau tidak menemui seorang fakir pun untuk menerima zakat. Umar berkata : “Gunakan ia untuk membeli hamba lalu merdekakanlah hamba tersebut” (Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam : m.s 51) Inilah bentuk kerajaan Islam yang mementingkan kebajikan yang diajar oleh Islam.

2 comments:

Anonymous said...

aiyoo matchaa...
kasi perenggan laa...
letih woo mau baca ini macamm...

khairi said...

Dapat baca habis tak anonymous? ko tu kaum macha ke? aku melayulah kawan? perkenallah diri sebelum bagi komen. sorrylah tertulis tak bagi peranggan. nanti aku edit.