Wednesday, February 27, 2008

Tahukah Anda

Bagi yg nak keluar mengundi nanti, ni aku nak kongsi fakta je bukan nak suruh undi PAS ye. Jgn salah anggap pulak. Kawan2 nak undi mana nanti itu hak masing2.

Beranang terletak di dalam kawasan Parlimen P101 Hulu Langat. P101 Hulu Langat merangkumi 3 DUN (Dewan Undangan Negeri) iaitu N23 Dusun Tua, N24 Semenyih dan N25 Kajang. Jumlah Pengundi berdaftar di P101 Hulu Langat adalah seramai 90,319 orang (52.68% Melayu, 36.15% Cina, 10.55% India dan 0.83% Lain2)

Pada pilihanraya 2004, Calon BN Datuk Markiman Kobiran telah memenanginya dengan majoriti sebanyak 22777 undi. Pada tahun ini Datuk Markiman Kobiran sekali lagi akan ditentang oleh calon PAS Dr. Che Rosli Che Mat.

Jadi, marilah nanti kita keluar beramai2 pada 8 Mac nanti untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia.


p/s: Jangan lupa bawa kat pengenalan...

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya tahun ni adalah pertama kali aku turun mengundi. Aku cuma heran sket, kenapa calon DUN BN selalu bertukar setiap kali PRU? Teringat kata2 cikgu (sape tah, aku lupa plak) dulu. "Nak mengundi, biarlah tengok calon. Jgn tengok parti."

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV de LCD, I hope you enjoy. The address is http://tv-lcd.blogspot.com. A hug.