Wednesday, July 30, 2008

smkj couple


Assalammualikum,
kepada member2 smkj, nie aku rasa gambar terbaru normah n kamarul. gambar nie kamarul bagi kat aku utk di post kan ke blog kiter.
semua tahu yg kamarul tinggal kat semenyih kan, keje kat shah alam hari2 dia travel naik motor. motor aper aku tak tahu mingkin motor boat kot ..heheheheheh
ok, normah n kamarul dikurniakan sorang cahaya mata, anak lelaki yg bernama ...AHMAD ADIB KAMIL B. KAMARUL ARIFFIN ... pangilan manja nyer Adib ... umur 2thn 8 bulan
lahir pada 18/12/2005 ...
kira anak kamarul sebaya ngan anak aku ...heheheheheh
rupa2 nyer kamarul n normah nie suka jalan2 gak ... gambar nie diorang amik kat Zoo Taping Perak n Pulau Pangkor ....
so, to kamarul n normah thank you for sharing your wonderful moment with us and hope we will always keep in touch ... don't just touch n go ......
aper lagi member2 lain jgn lah lupa update news
.... salam dr aku, remy...

*** MAN IN THE COFFEE BEANS***

FIND THE MAN IN THE COFFEE BEANS
This is bizarre -- after you find the guy -- it's so obvious.Once
you find him -- and you think, Why didn't I see him immediately?
(Embedded image moved to file: pic20667.jpg)[]


Doctors have concluded that if you find the man in the coffee beans
in 3 seconds, the right half of your brain is better developed than
most people. If you find the man between 3 seconds and 1 minute,
the right half of the brain is developed normally. If you find the
man between 1 minute and 3 minutes, then the right half of your
brain is functioning slowly and you need to eat more protein. If
you have not found the man after 3 minutes, the advice is to look
for more of this type of exercise to make that part of the brain
stronger!!!


And, yes, the man is really there!!!














If you can't find him, look on the bottom row of coffee beans, his
face is less than half-way from the left border (about one-third
in).

Why Women ARE so Special

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah
lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam
lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak
susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air
masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur
untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk
bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan
baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai
kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang,
towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers
4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok
settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6
poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang
tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin
je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana
flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti
lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak
lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan
baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok
settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,
siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak
tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah
aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak
bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la
skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,
ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja
besok..pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan
dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat
ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA
BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana
memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan
kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk
keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Monday, July 28, 2008

Dosa yang lebih besar dari berzina

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan
terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada
dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh
wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang
bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat
menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka
terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu
berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai
tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar
Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita
ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita
cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala
Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari
perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung
saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis
sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia
mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak
jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa
sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur
luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari
dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus
kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi
kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula
manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya,
betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat
Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita
yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih
besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar
dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh
rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar
daripada perempuan yang nista itu?" " Ada !" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat
dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada
seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk
menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk
memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa
menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa
penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak
wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh
perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk
mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali
dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan
yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya.

Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar
dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70
nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain
disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu,
kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu
huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360
hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di
dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi,
mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk
melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Saturday, July 26, 2008

~IKLAN SIKIT :Produk HEALIN: Gamogen~


KEPADA TEMAN2 YG INGIN MENCARI PRODUK KESIHATAN OR KECANTIKAN DARI PENGEDAR YG SAH, SESUAI UTK PENYAKIT KENCING MANIS, DARH TINGGI, LUKA DALAMAN/LUARAN, KEHAMILAN OR BERSALIN, RESDUNG, EKZEMA,ASMA DLL:DTG LE KE,
TMN MESRA KAJANG...DTG JGN X DTG...;)

Thursday, July 24, 2008

PG 18 : Gadis Melampau Menerima Padah

Gadis "Melampau" Menerima Padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis
itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu
hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?"


Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka
tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih

teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.

Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi
gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut

juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik

saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar

ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan
dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah
orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
alamin.


pabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan.


Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda
tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu
prihatin
takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini,

anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang
menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya
di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi
kita
petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.


*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM&apos

Tuesday, July 22, 2008

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA.....
WAHAI ANAKKU.........
1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg
dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar
jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAQWA, ISInya
ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2 - Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.
3 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kepad ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan
lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.
4 - Hai anakku; seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam
tanaman.
5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari
rahmat ALLAH.
7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr
tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak
mahu mengerti.
8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu
besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan
akibat yang merbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya
akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta
perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya
barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu
menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang taqwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat
dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah
untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada
orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata
yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu
yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam
akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang
dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi
pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk
dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan
dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan
orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Friday, July 18, 2008

Can you read this? I'm one of the 55..R U?

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs?
Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was
rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a
rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr
the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit
and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses
and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the
huamn mni d deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a
wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Thursday, July 17, 2008

~KURMA, KISMIS, MADU & SEBAB UTAMA LELAKI DITARIK KE NERAKA OLEH WANITA~

Subject: Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka OlehWanita
Assalamualaikum. ...
Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamuyang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescayaanak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santunserta cerdas pemikirannya. "
Kebaikan Kurma KetikaMengandung dan Bersalin Adalah amatbaik sekali jikapuan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung keranaini akanmemudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurmajugadicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasamelahirkannabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yangmerbahayakan malah iamerupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risaukerana takutdiserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2yang lainpuan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan keranaianyamengandungi banyak khasiat.
1) KURMANabi Muhammad SAWbersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akanmenyebabkan penghuninya kurang sihat".Nabi Muhammad SAWbersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamilsebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknyamenjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".Abu Abdillah a.s.bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasaldari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".Abu Abdillah a.s.bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baiksebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihirdan tidak diganggu setan".Imam Ja'far Ash-Shadiqa.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yangbaik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMISNabi Muhammad SAWbersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpapenyakit kecuali kematian".Nabi Muhammad SAWbersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapatmenghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkanletih".Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismismerah, maka diatidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidakdisenangi".Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkanjantung, menghilangkanpenyakit, menghilangkan panas dan memulihkankesehatan jiwa".Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismisdapatmenghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
3) MADUNabi Muhammad SAWbersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niatmelakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77penyakit".Nabi Muhammad SAWbersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuathendaklah dia meminum madu".Nabi Muhammad SAWbersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapatmengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".Nabi Muhammad SAWbersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madudan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakanoleh 70 Nabi".Dari Imam Ali a.s.beliau bersabda: "Madu adalah ubatdari segalapenyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendirdanmembersihkan hati".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul sawsangatmenyenangi madu".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlahdirimumemperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
************ ****************** ********* ********* ********* ****************** *** *Di akhirat nanti ada 4golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka olehwanita. Lelaki itu adalahmereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dantidak menjaga amanah itu. Merekaialah:************ ********* ********* ********* ********* *************************** ***
1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelarayah tidak mempedulikan anak2 perempuannyadidunia. Dia tidak memberikan segalakeperluan agama seperti mengajarsolat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkananak2 perempuannya tidak menutupaurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberikemewahan dunia sahaja. Maka diaakan ditarik ke neraka oleh anaknya.(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakahhal keadaan anakperempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &saum?..menutupaurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,makabersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. SuaminyaApabila sang suami tidakmempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebasdi pejabat, memperhiaskandiri bukan utk suami tapi utk pandangan kaumlelaki yg bukan mahram. Apabilasuami mendiam diri walaupun seorang yg alimdimana solatnya tidak pernahbertangguh, saumnya tidak tinggal, maka diaakan turut ditarik oleh isterinyabersama-sama ke dlm neraka.(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami,bagaimanakah hal keadaan isteritercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimanaakhlaknya? Jika tidak kaumenjaganya mengikut ketetapan syari'at, makaterimalah hakikat yg kau akansehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnyaApabila ayahnya sudahtiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kebahu abang-abangnya dansaudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkankeluarganya sahaja danadiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulahtarikan adiknya di akhiratkelak.(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan,jgn hanya menjaga amalmu,dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akandipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmubergelumang dgn maksiat... dan tidakmenutup aurat.)
4. Anak2 lelakinyaApabila seorang anak tidakmenasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haramdisisi Islam. bila ibumembuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dansebagainya.. ..maka anakitu akan disoal dan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak....dan nantikantarikan ibunya ke neraka.(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jikatersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... xlepas dr melakukandosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jikatidak, kaujuga akan ditarik menjadi penemannya.)Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukansahaja di dunia malahdiakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelakiyg bergelarayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimanabahan bakarnya ialahmanusia, jin dan batu-batu... ."

Wednesday, July 16, 2008

Fw: Maap Lah yo......Den bukan sengajo...

(Embedded image moved to file: pic13037.jpg)

Tuesday, July 15, 2008

Tips Rumahtangga - Bagaimana menjadi suami pengasih.

Renung-renungkan dan selamat beramal….yg belum berumahtangga tu,boleh ler
ambil sebagai panduan kearah "mencipta bahagia"….heheheee

Assalammu'alaikum warrahmatuhllahi Wabarakatuh..

Khas Buat Lelaki – Bagaimana menjadi suami pengasih.
Bukan mudah untuk melayarkan bahtera rumah tangga jika tidak ada
persefahaman dan sikap bertolak ansur di antara pasangan. Sekali
melafazkan ijab kabul, boleh dikatakan semua orang mahukan itulah yang
pertama dan itulah yang terakhir. Namun, sering kita dengar kasih sayang
antara pasangan semakin hari semakin pudar. Semakin banyak bebanan dan
semakin ramai anak, maka kasih sayang pun entah ke mana.
Jika anda seorang suami yang prihatin dan mahu mengekalkan kemesraan
dengan isteri anda, cubalah ikut nasihat di bawah. Sebagai suami, anda
perlulah bersimpati terhadap isteri. Kalau dia seorang suri rumah,
percayalah, tekanan perasaannya lebih hebat daripada isteri yang
bekerja. Walau pun tidak bekerja, seharian berada di rumah, menguruskan
rumah tangga yang tidak pernah habis, mendidik anak, menguruskan hal
anda, suami kesayangannya, dalam satu masa, cukup hebat
tanggungjawabnya.
Begitu juga dengan isteri yang bekerja, selain perlu bertanggungjawab
sebagai pekerja, peranan sebagai isteri, ibu dan pendidik perlu
dilangsaikan setelah berada di rumah. Mampukah anda sebagai suami
melakukan tugas seperti seorang isteri? Tepuk dada tanya selera...
Jika anda seorang suami yang prihatin dan penyayang, ada 10 nasihat
untuk memahami hubungan anda dengan isteri. Cubalah amalkan, anda pasti
berbangga dengan diri anda sendiri sedikit waktu nanti.
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri. Betapa
pun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang
tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri
namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan
seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya
dari wanita, namun selalunya ia merahsiakannya. Seandainya
hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan
amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana
setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam
rumah tangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi
'bos.' Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada
tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri. Peranan wanita sebagai
ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan dari keyakinan. Hanya
suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya.
Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah atau pun
ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada
pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan
bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia
menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu
dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat
seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab. Islam telah mengatur
tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan
mencari hafkah yang halal untuk keluarganya dan isteri pula
berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan
bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan
masa dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri. Kritikan bukan
satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan
namun biarlah dengan lemah lembut dan bertempat. Jangan sesudah
bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina
isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu mengkritik isteri akan meninggalkan kesan
negatif terhadap isterinya iaitu:-
5. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan
marah.
6. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat
daripada perasaan kecewa dan tekanan perasaan dan batin.
7. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang
keinginan untuk bersama.
8. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai,
isteri akan kehilangan identiti dirnya sendiri.
9. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan
anak-anak.
10. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia
inginkan penceraian.
11. Peka kepada sesuatu yang romantik. Suami seringkali kurang
memerhati atau peka keperluan yang tidak begitu penting seperti
ulang tahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,
hal sebegitu cukup penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan
perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang
mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu
yang tidak bererti pada lelaki namun, ianya amat bernilai pada
wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri
dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
12. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami. Setiap
isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama
suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari
suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan
masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan
kasih sayang.
13. Menjana perasaan tenang dalam kehidupan isteri. Suami yang
bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram
terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap
masalah rumah tangga dengan secepat mungkin. Berusahalah membantu
menyelesaikan masalah isteri.
14. Memahami gelora jiwa isteri. Wanita lebih mudah mengalami
perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat
menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti
dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing
hidupnya.
15. Membina kerjasama yang baik. Suami yang boleh diajak
berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu
mewujudkan keluarga bahagia.
16. Memenuhi keperluan peribadi. Tidak ada dua wanita di dunia
ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus.
Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahu pun
keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami keperluan
peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai
dengan kemampuan dirinya.
Wallahu'alam




~Sheekin Mokhtar~


.:Think Outside Of The Box~

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi
kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila
mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan
Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat
perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai
taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi
cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih
keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu
kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat
ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang
mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga
tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil
lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat
hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang
menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan
amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda
tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa
berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang
disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah,
baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari
kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan
terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu
dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita
lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh.
Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan' nya
(suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam
syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah
pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang
secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya.
Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala
perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang
banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang
sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat.
Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan
rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya
mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak
dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih
tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia
ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan
biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan
dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik
sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya
untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul.
Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di
mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya.
Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala
seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan
semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan
kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang
menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak
yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga
mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami
kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh
dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan
baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula
tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi
perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia
seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu
suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan
simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya
terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan
urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh
mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah
sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan
sering berkata, 'Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan'.
Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri
telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya
telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila
seseorang itu telah berkahwin, Insya'Allah sembahyangnya akan lebih
khusyuk kerana sebahagian dari agamanya telah diselamatkan. Di
samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan
fikiran.

Untuk menjadi isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang
diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin
mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah
supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang
bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana
sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi
menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan
selalulah rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui
Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat
kepada sesiapa yang merinduiNya dan mereka akan bersama-samaNya di
dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi
keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain
gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh
menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan,
mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan
sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram)
yang telah Allah tetapkan, hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan
bersinar cahayanya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh
Rasulullah untuk menuju ke syurga.