Tuesday, July 22, 2008

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA.....
WAHAI ANAKKU.........
1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg
dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar
jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAQWA, ISInya
ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2 - Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.
3 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kepad ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan
lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.
4 - Hai anakku; seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam
tanaman.
5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari
rahmat ALLAH.
7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr
tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak
mahu mengerti.
8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu
besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan
akibat yang merbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya
akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta
perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya
barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu
menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang taqwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat
dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah
untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada
orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata
yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu
yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam
akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang
dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi
pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk
dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan
dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan
orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

No comments: