Pembangunan Nur
Hikmah
<yayasannurhikmah
@yahoo.com.my>
Sent by:
SahabatInteraktif
@yahoogroups.com
08/28/2008 08:54
AM
Please respond to
SahabatInteraktif
@yahoogroups.com
Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
Asalamualaikum wbt,
Bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi. Seperti biasa banyak
syarikat, jabatan serta individu sibuk menyusun jadual berbuka puasa. Sudah
menjadi kelaziman setiap majlis yang adakan antara yang dijemput adalah
anak-anak yatim. Alhamdulillah dengan adanya jemputan maka dapatlah
anak-anak tersebut bergembira menikmati juadah yang istimewa. Saat ketibaan
bulan Ramadhan sangat-sangat dinantikan oleh anak-anak tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganj ur yang saban tahun tidak
pernah melupakan anak-anak yatim dalam penganjuran majlis mereka. Disamping
dijamu makan anak-anak ini juga diberikan sumbangan yang berupa duit raya
dan juga hadiah-hadiah yang lain.
Namun demikian ada beberapa perkara yang harus kita ambil kira. Ianya
bukanlah satu peraturan yang harus kita patuhi tetapi hanyalah sebagai
panduan.
1. Jangan memilih
Dirumah-rumah jagaan anak-anak yatim bukanlah semuanya dihuni oleh
anak-anak yatim atau piatu sahaja. Terdapat juga anak-anak yang miskin dan
anak-anak terbiar. Oleh yang demikian janganlah kita sebagai penganjur
meletakkan syarat untuk menjemput anak-anak yatim atau piatu sahaja.
Jemputlah semua anak-anak yang ada disitu. Jangan dipinggirkan anak-anak
yang lain. Jangan lupa juga untuk menjemput 3 atau 4 orang pengiring yang
terdiri dari pengurus atau pekerja dari rumah tersebut.
2. Sediakan kenderaan atau tambang
Rumah-rumah anak yatim tidaklah mempunyai peruntukan yang besar bagi
membiayai tambang atau sewa bas. Jika anda ingin menjemput mereka sediakan
kenderaan yang sesuai. Atau jika mereka perlu uruskan sendiri pengangkutan,
berikan sedikit peruntukan untuk sewa pengangkutan pergi dan balik. Jika
syarikat atau jabatan anda memiliki bas sendiri adalah lebih baik.
3. Tempatkan mereka bersama tetamu anda yang lain
Jangan diasingkan anak-anak tersebut diruang yang khas yang berasingan dari
tetamu lain. Tempatkan mereka bersama-sama tetamu lain. Mereka ingin sekali
berinteraksi dan bermanja dengan orang lain. Adalah lebih afdhal jika
mereka diselangselikan dengan tetamu disetiap meja.
4. Anak-anak yatim bukanlah bahan pameran
Seringkali berlaku anak-anak yatim ini akan dapat bertemu dengan tetamu
khas seperti VIP atau artis ketika sesi bergambar atau sidang akhbar.
Sebelum itu mereka ditempatkan dimeja barisan belakang. Mereka cuma
dipanggil kedepan apabila tiba sesi bergambar atau ketika menjadi
latarbelakang sesi fotografi artis.
5. Selera kita mungkin sama dengan selera mereka
Adalah tidak manis jika tetamu dihidangkan dengan makanan yang berbeza
dengan anak-anak yatim. Mereka juga ingin menikmati juadah yang istimewa
seperti orang lain. Oleh yang demikian jangan diasingkan hidangan mereka
dengan hidangan tetamu-tetamu lain.
6. Jika memberi hadiah, berilah kepada semua
Jika anda akan memberi sumbangan atau cenderamata berikan kepada semua
mereka. Tentukan jumlah mereka yang akan hadir dan sediakan sumbangan atau
cenderamata yang secukupnya. Selain dari wang mereka juga memerlukan
pakaian dan alat-alat tulis.
7. Beri peluang mereka tunjukkan bakat
Kebanyakan rumah anak-anak yatim mempunyai pasukan kompang atau nasyid
mereka sendiri. Selain dari persembahan artis jemputan, mereka peluang
anak-anak ini menunjukkan bakat mereka. Mereka merasa dihargai jika diberi
peluang memberikan persembahan mereka. Tapi jangan lupa memberi notis awal
semasa mengundang mereka. Mereka juga mempunyai aturacara yang ketat
sepanjang bulan ramadhan.
8. Jangan tahan mereka hingga larut malam
Anak-anak perlu menjalani tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Mereka
perlu hadir kesekolah pada awal pagi. Oleh yang demikian jangan menahan
mereka didalam majlis anda sehingga larut malam. Lepaskan mereka pulang
lebih awal supaya mereka dapat bangun sahur dengan segar dan seterusnya
dapat bersekolah esok paginya. Awalkan acara penyampaian sumbangan dan
cenderamata.
Semoga apa yang dipaparkan diatas boleh menjadi panduan kepada kita semua
dalam mengendalikan majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim
kelak. Jika anda ingin membuat sebarang penambahan atau komen,
dipersilakan.
Terdapat 6 buah pusat jagaan anak-anak yatim, piatu, anak-anak miskin dan
terbiar dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Jika anda ingin
agar kami menguruskan undangan bagi pihak anda sila hubungi En. Ahmad
Fadzil di 012-2968 649 atau boleh terus hubungi rumah-rumah berkenaan
seperti berikut :
1. Pondok Penyayang Raudah, Batu 11 Gombak, Selangor
No. Telefon : 03-61852068 (Ustaz Mukhtaruddin)
2. Asrama Anak-Anak Yatim Qanaah , Taman Greenwood, Gombak
No. Telefon : 03-61892001 (Puan Shamsiah)
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL
No. Telefon : 019-2519082 (Ustazah Sharimah)
4. Persatuan Anak Yatim Flat Sri Sabah, Cheras, KL
No. Telefon : 012-2427558 (Puan Kalsom)
5. Rumah Jagaan Nurhikmah, Tmn Mesra, Kajang, Selangor
No. Telefon : 03-87396994 (Hj. Osman)
6. Asrama Anak-Anak Yatim Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak
No. Telefon : 016-5460071 (En. Khairul)
Terima kasih
* Anda boleh menaja sajian sahur untuk anak-anak yatim melalui Program
Mangkuk Tingkat. Sila klik MangkukTingkat.com
-----------------------------------------------------
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah
rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah
kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan
disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah
Huraian
i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama
mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu
memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana
yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih
sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.
ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah
meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah
pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia
seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib
turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.
iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah
membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah
dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :
"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu
Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan
kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia
memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim.
Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah
engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."
iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim.
Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan
kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang
soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia
kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama
dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga
merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang
diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah
memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang
bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah
orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
< td valign="top">
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
Faks : 03-87332967
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my
Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AMARAN :
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak
ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau
Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke
Akaun Maybank 564306010030.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada
presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .