Tuesday, August 19, 2008

RIYA'...KESAN & AKIBATNYA

RIYA'...KESAN & AKIBATNYA
>
> Cerita (1)
>
> PADA satu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Qur'anul-Karim,
> surah "Thoha", di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya.
> Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur.
> Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun
> dari langit membawa senaskhah Al-Qur'anul-Karim.
>
> Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab
> suci itu di depannya. Didedahkannya surah "Thoha" dan
> dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid
> melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan
> sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang
> catatannya dipadamkan.
>
> Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telah ku baca
> seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun".
> "Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini
> dipadamkan?" Lelaki itu berkata.
>
> "Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan
> kalimah itu dalam bacaan mu tadi. Malah, untuk kalimah itu
> telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar
> suara yang menyeru dari arah 'Arasy : 'Padamkan catatan itu dan
> gugurkan pahala untuk kalimah itu'.
>
> Maka sebab itulah kami segera memadamkannya".
>
> Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Kenapakah
> tindakan itu dilakukan?".
>
> "Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi,
> seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau
> sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya
> didengar oleh hamba Allah itu.
>
> Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca
> dengan suara tinggi itu".
>
> Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh
> licin virus riya' menyusup masuk ke dalam kalbu ku. Dan, sungguh
> besar kecelakaannya. Dalam sekejip mata sahaja ibadah ku
> dimusnahkannya.
>
> Benarlah kata alim ulama', serangan penyakit riya' atau ujub,
> boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama
> tujuh puluh tahun".
>
> Cerita (2)
>
> DIKISAHKAN, seorang lelaki yang telah dua kali mengerjakan haji,
> menjemput Sufyan al-Tsauri dan sahabat-sahabatnya untuk menghadiri
> majlis kesyukuran dan jamuan makan di rumahnya.
>
> Setelah para jemputan datang, lelaki yang telah dua kali
> mengerjakan haji itu, menyuruh isterinya menghidangkan makanan
> yang istimewa. Di depan para jemputan, dengan suara
> lantang yang disengajakan, dia berkata kepada isterinya
> yang sedang sibuk menyediakan makanan di dapur.
>
> "Untuk meraikan para tetamu kita yang istimewa semuanya ini,
> hidangkan makanan yang istimewa di dalam pinggan istimewa
> yang baru kita beli di Mekah ketika kita mengerjakan haji
> kali yang kedua itu. Jangan gunakan pinggan-mangkuk yang
> kita beli ketika mengerjakan haji kali yang pertama dulu!".
>
> Sufyan al-Tsauri lalu berkata kepada lelaki itu, "Sayang sekali.
> Cakap mu itu ternyata mengandungi unsur riya' dan telah
> membinasakan ibadah haji mu!".
>
> Cerita (3)
>
> SEORANG alim menceritakan mimpi seorang hamba Allah. Kisah
> mimpi itu sebagaimana berikut :-
>
> SETELAH Hasan al-Bashri pulang ke rahmatullaah, seorang hamba
> Allah bermimpi menemuinya. Hamba Allah itu bertanya kepada
> Hasan al-Bashri tentang keadaan yang berlaku ke atas dirinya
> setelah dia mati.
>
> Menjawab pertanyaan itu, Hasan al-Basri menceritakan, dia telah
> dibawa mengadap Allah Taala, lalu Allah berfirman kepadanya,
> "Hai Hasan. Adakah engkau ingat, suatu hari dulu, ketika
> engkau sedang sembahyang di masjid dan engkau sedar ada orang
> yang sedang memerhatikan keadaan sembahyang mu, lalu engkau
> mengelokkan keadaan sembahyangmu itu untuk dipuji oleh orang itu?
>
> Jikalau sebelum itu tidak engkau mulakan sembahyangmu itu dengan
> ikhlas, sudah pasti Aku menghalau mu sekarang dan Aku putuskan
> perhubunganmu dengan-Ku!"

No comments: