Tuesday, August 19, 2008

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W.

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti
dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas.
Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan
syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk
mengubati
sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17
kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap
sesuatu
itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu
jantung
Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan
oleh
Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an
seluruhnya.
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di
dalam
kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum),
yang
mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat,
menanggung
segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.
Pembaca
juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta
segala
hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu
malam
semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah
akan
mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan
Ibnu
Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita
dari
kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru
hara
di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak
akan
merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid,
insya'Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang
membacanya
sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah
akan
dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah
Surah
Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah
ayat
35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,
niat
untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita.
Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami
telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta
Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
tetap
mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali,
maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan
kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat
Isyak
hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah
s.a.w.
dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya
seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik,
terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang
mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman
serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk
mempunyai
fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang
mengamalkan
membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka
yang
mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat
dan
keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap
malam,
insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan
baginda,
Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah
dulu
Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya
tidak
mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila
mendengar
kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil
tersenyum
lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum
tidur,
seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali
r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia
hendak
meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka
Allah
memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan
Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa
yang
membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia
akan
dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam
gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian
hari
kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada
setiap
malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas,
Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak
tangan,
kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau
manusia,
hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41
kali
selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut
dalam
kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah
Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam
Al-Qur'an.
Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut
dalam
surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam
golongan
surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan
manusia
memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik
yang
berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

No comments: